Aku adalah pelajar Universiti dan menyertai PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu) yang tegar. Perjalanan aku dari rumah ke U memakan kos sebanyak RM40 pergi balik termasuk TOL. Jadi, duit ini memang aku takkan sentuh dan aku akan simpan dalam peti duit yang ada dalam kereta tu.
So, bagi menjimatkan perbelanjaan aku lagi, aku akan gunakan taktik-taktik di bawah:
- Sebelum balik asrama, bantai(telan) nasik sampai perut FULL dan cuba dapatkan stok maggie dan snek-snek mahupun roti secukupnya dari rumah ibu bapa anda.
- Makan sehari 3 kali ja paling banyak dan makan tengahari dekat U sebab 'confirm' makanan kat Kafe U murah berbanding kedai luar. Petang makan nasik lemak dua bungkus. Dan malam nasi goreng. Settle!
- Sekurang-kurangnya ada 3 botol kosong(botol mineral ataupun botol 1 galen) berada bawah katil bilik korang. Bila dahaga takyah dok gatai nak turun koperasi beli air sedap sebab air mineral yang boleh refill satu liter 20 sen tu lebih kompetitif dan sihat untuk otak korang.
- Masih lapar walapun dah makan, masa ni lah stok-stok yang korang sapu di rumah digunakan. 'Housemate' aku siap boleh buat spaghetti kat asrama punya banyak barang dia sapu kat rumah dia. Satu rumah kenyang. Thanks John!
- Bosan boleh menyebabkan korang lapar, jika ada lappy, mainlah PES ka Dota ka untuk menghilangkan rasa boring dan bagi yang takdak lappy pergilah bilik member yang ada lappy untuk dicemei(main free). Dan korang boleh buat banyak lagi aktiviti lain seperti dalam post Santapan Pelajar IPT
- Bagi lelaki, main futsal berbayar seminggu sekali cukup, sebab U dan sediakan court yang tak berapa lengkap sebab main sebelah 15. Sampai bola pun tak nampak dah. Dan perempuan, aku pun tak tau apa yang korang buat bila keluar asrama.
- Hentikanlahh seketika hobby luxury korang seperti main snooker, bowling, makan tokwan(KFC) dan lain-lain yang boleh mengakibatkan ketagihan hendak buat lagi. Maksud aku bukanlah hentikan terus, bila dah ada duit pergilah...
- Tapi taktik paw kawan memang bukan amalan dan budaya aku sebab kesianlah member-member korang tu, dia beli pun sebab dia lapar, kalau tak lapar tak kebuloq dia nak beli. Tapi kalau dia kata aku belanja tu takpa lah.
- Satu lagi, kalau korang drive kereta ke kelas, cari member bagi full kereta dulu, then baru jalan. Minyak kongsi lah sorang sikit. Taklah si dreba kereta itu kesakitan menanggung kos minyak yang agak memeritkan ni....
Ini adalah taktik aku yang tak berapa best yang aku gunakan semasa duit PTPTN dah habis ataupun belum masuk sebab memang 'effect' perbelanjaan aku di Universiti. Apa pula taktik korang bila dah sengkek? HEHE. Aku pun teringin nak tahu...