Friday, January 14, 2011

Hilang Mana duit PTPTN aku?


Bila masuk semester baru ja semua pelajar akan selalu berinteraksi dengan ATM Bank Islam ataupun Muamalat untuk mendapatkan update tentang PTPTN. Dan bila duit dah masuk, tersebarlah berita ini ke seluruh pelosok Dunia. Tapi, tak sempat sampai hujung sem. duit PTPTN dah habis. Pergi mana duit PTPTN ni? Mari kita lihat, duit PTPTN ini pergi melancong ke mana.HAHA. (ini dari pendapat aku, tiada sebarang undian dilakukan)

Ini adalah benda paling menjadi kegemaran pelajar bila duit PTPTN masuk. Bila masuk ja sem. baru, handphone pun baru. Bukan membazir mengikut peredaran masa betul tak? PTPTN = 3500 - 1400(yuran)-RM1000(newphone) = RM1600. Cukup la RM1600 untuk hidup 4 bulan berserta biasiswa PAMA. Tokey-tokey kedai handphone pun aku rasa memang akan up to date dengan tarikh keluar PTPTN sebab nak buat Sales.HAHA.

Pakaian dan aksesori badan memang perlu baru jika sem. baru muncul. Kalau 'shopping' RM200-RM300 takpa lagi, ni kasut saja RM300 tambah lagi baju 3 pasang (topman) RM250 + Seluar(levi's) RM300 dah jadi berapa tu? Tapi mungkin ada yang suka perabis duit pada penampilan tapi tak pentingkan pada teknologi. So, total semua RM1150. Ok ar tu kan?HAHA

Masuk ja PTPTN, tak nampak dah sport-rim standard semua nak 17' dan aloi. Tak kiralah kereta mahupun motorsikal. Yakni, aksesori kenderaan akan dinaiktaraf  mengikut tahap-tahap tertentu. Semester 1 Aerokits, sem. 2 Sport-rim and so on. Satu Sport-rim RM300, tapi takkan nak tukar satu ja, mesti la empat-empat tayar, satgi jadi Pak Uda pulak.HAHA Total RM1200. Kalau pakai rim yang lebih besar dari tayar lama kos akan bertambah. Sabor jerla. Nak sangat pakai kereta. Mawdokrileksat la....HEHE

Hobi eksotik juga menjadi penghasut dalam menghabiskan duit PTPTN. Kalau macam aku, tudia gitar dan amp saja dah boleh angkat LC 135 'cash and carry'. Tapi tak terer-terer lagi pun. Tapi bak kata orang, dah minat tu dia carik juga sampai dapat. Gitar biru tu, aku beli guna duit practical, bersih terus duit practical aku. Macam member aku sorang ni, minat kucing hidung kemek, aku pun taktau kenapa kucing tu mahal sangat. Anak dia seekor RM1000! Yang best ada warranty card untuk bulu dan kesihatan kucing tu.(fuyoo!). Jadi, muda mudi di bangku sekolah tolong cari hobi eksotik yang tak berapa guna duit seperti kumpul stem dan 'blogging' sebab ini boleh manjana pendapatan.

Dari pemerhatian aku ramai yang gunakan PTPTN untuk tujuan 'for fun' selain dari membayar yuran dan kos sara hidup semasa di IPT masing-masing. Tepuk dada tanya selera, aku pun sama ja. Yang aku boleh nasihat janganlah jadi peminjam ingkar kerana hukumnya berdosa...
Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

33 comments:

husnaradzi said...

haha betol sgt la tuh .
heheh
kalao pompuan ditambah lagi dgn segala baju bajuan tudung kasut mak nenek bagai . hheh

areripe said...

haha, tu tak tambah hadiah untuk si dia lagi, haha!

♥nyeto89♥ said...

fuhh...nasib takde pt..hehe

husnaradzi said...

padan lah sapa suh ada si dia kan .
haha selamat x de si dia .
eh eh kalao ada pon . pakai duit si dia beli hadiah utk si dia je lah .
haha kalao laki gasak lah .mmg wajib beli .hax

Afiqah Syahirah said...

HAHA . Sama lah . Tapi Eyqa jimatjimat . HAHA

areripe said...

yaya: anak orang kaya takpa la..ngehee

Makcek: haha, kenapa pulak wajib beli?

areripe said...

eyqa: bagus, gunalah duit ptptn sebaik-baiknya.Simpan, nnt nak bayar balik senang.

A.I said...

agree!
nak beli buku tak penah masuk list pon.
shopping jek dlm list! wakakaka.

kena reduce la pt nih aku rasa...

cik azeya said...

haha.
tawu xpe.
sekejap je dah habiss.

-_-"

Noor Fatin said...

ptptn patut buat syarat dan kaji selidik, sapa guna ptptn bukan untuk myara hidup dan pelajaran, ptptn jgn bagi lagi lepas tu..keeke

ayulunera said...

tang handphone tu memang betol...ehe...tapi rasenye henpon ayu tu memang kene beli kan..eheh..dah nazak sangat...eheheh

alhafizsaharuddin said...

haha..biase la tu..jangan lupa bayar suda..

Raden said...

lau yg temok2 cam aku abes kat kepci je...

areripe said...

aisha inani :duit buku mintak PAMA la.haha

NOOR FATIN: tak boleh, bila lagi pelajar macam kita ni nak rasa duit banyak.hehe

areripe said...

ayulunera: memang kena tukar pun. tukar talipon yang macam kereta kebal, sbb tengok mangsa(hp) hg dah nazak teruk.....haha

amira naddia: kfc tu betul gak. ramai ow pelajar p kfc time dapat ptptn. Ikan bakaq lagi.haha

efa said...

kahkah...cmtu ja abis duit beli..aik sport rim tu pon hado?huhu :)skrg kena jimat tak leh lanja lebih2..mahal w0o..sekrg semua benda ahaha :)

areripe said...

ini dari pendapat ariff, sebab dok tengok member suka modified kenderaan mereka.hihi!

zazaw said...

tiba tiba aku sokonggg dgn ape yg kau ckp
HAHA
memang kt situ lah melaburnyaa duit
:)

Afifee said...

tu tak kira duit untuk karok, topup dgn petrol lagi...haha

patutla hujung sem student xjenguk atm haha

amry said...

aku dulu waktu belajar, duit PTPTN selamat kat moto aku, rasukan dari kawan2 dan dari diri aku yang tak pandai pegang duit....hampeh tul.

areripe said...

zazaw: sebab hang pun buat kut?HEHE

fifi: hang takpa la suara sedap. Nak jenguk pun tak nak. Takdak selerea dah.haha!

amry: tula, memang selalu dah jadi.

misz myza said...

itu memang betulllll.. sekarang ni ptptn ku dah tinggal sikit.. ahhahahahaha.. ni semua sebab shopping x hengat hujung sem.. haahhaha.. pndi2 la hidup dgn duit yg sikit ni..

Umie Nadhirah said...

arif bernasib baik coz dapat pinjam duet ptptn..kite org yg amik foundation ni xbleh nak pinjam duit ptptn.T__T sedihh.

hans said...

nasib duit ptptn aku banyak lagi

P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan

areripe said...

Umie Nadhirah: orang pandai tak payah pinjam, amik biasiswa JPA terus.hehe

misz myza: pandai buat pandai tanggung la labu...

Hans: sebab hang masih tak nampk benda yang hang ngidam lagi. tunggu la nanti.hehe

H.A.N.I.S said...

sy dpt ptptn stu sem 1500 je. x smpt nk shopping bagai dah abis..huhu

areripe said...

itu disebabkan gaji mak bapak lebih rm5000 so ptptn bagi pinjaman untuk yuran ja....
tapi annti bayar sikit ja...

AIMAN said...

piwittt... maw dok rilexs. biasiswa pama hang cekang terok.
savvy masuk 17" memang aku respect

Unknown said...

wuish.. jgn la smpai beli yg bukan2.. :)

Unknown said...

bukan takat ptptn..jpa pown tak cukup nak tampong belanja..
my owh my...(#__#)

Unknown said...

bukan takat ptptn..jpa pown tak cukup nak tampong belanja..
my owh my...(#__#)

areripe said...

epah, mu beli apa sampai JPA pun tak cukup. Kalau nak kahwin ya la tak cukup..hehe!

jiwa sifar said...

masyuk..nnt nak bayar kat ptptn..ptptn lagi masyuk.haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...