Sunday, January 30, 2011

Aku dan Kerajaan Malaysia


Tajuk post aku kali ini mungkin agak ke arah politik dan luahan isi hati aku tentang Kerajaan Malaysia. Mungkin ramai berpendapat kerajaan kita masih tidak sehebat negara-negara besar kat luar sana. Tapi, kita mesti tengok dari pandangan lain. Aku bukanlah seorang ahli politik dan bijak pandai dalam membincangkan hal politik negara tetapi bagi aku cukuplah dengan apa yang kerajaan beri kepada aku setakat ini.

Aku dibesarkan oleh ibu bapa yang memberi khidmat sepenuhnya kepada kerajaan ataupun senang kata kakitangan kerajaan. Mungkin pandangan aku dengan si anak orang kerja swasta akan berbeza sepenuhnya. Tetapi pokoknya, sekolah mana si anak swasta itu belajar? Sekolah Persendirian ka? Ya, ada antara si anak orang kerja swasta ini yang belajar di sekolah persendirian, tapi berapa kerat sangat. Di sini aku taknak memberikan contoh apa kerajaan kita bagi, apa kerajaan luar negara bagi. Tetapi aku ingin menjelaskan tanggapan aku sebagai warga Malaysia yang bersyukur dengan tanggungjawab dan kemudahan yang diberikan Kerajaan Malaysia sehingga kini.

Kalau tak dek duit kerajaan, tak mampulah aku hendak membeli Laptop. Dan tak mampulah aku berblogging dan tak mampulah bapak aku membayar bil Streamyx pakej pelajar yang memberi sebuah netbook percuma dengan harga bil internet yang jauh lebih murah dari pakej biasa. Adakah ini tindakan TM Net? Ataupun tindakan Kerajaan bagi memenuhi wawasan negara yang mahu lahirkan warga cerdik IT? Tepuk dada tanya selera. Aku bukanlah hendak menyokong kerajaan ataupun membidas hentaman sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tetapi ini adalah persepsi aku tentang kerajaan Malaysia.

Ya, benar politik negara dipenuhi dengan korupsi dan rasuah. Tapi apakan daya ini asam garam dunia politik sekarang. Dan harus diingat aku tidak akan membandingkan dengan negara lain. Bukan taknak membandingkan dengan negara lain sebab ingin jadi seperti katak bawah tempurug tetapi biarlah kita memikirkan hal yang lebih penting dari dok seronok nak banding dengan negara luar ja(sampai habis teh tarik dua gelas pun cerita tak habis lagi). Sehingga sekarang aku masih memerlukan khidmat kerajaan dan aku rasa sehingga ke liang lahad pun kerajaan akan tetap memberi bantuan kepada rakyatnya. Contohnya, lu pikirlah sendiri.

Mungkin kadang-kadang kita marah dengan cadangan-cadangan ataupun tindakan kerajaan yang menyusahkan rakyat sendiri pada seketika, tapi aku masih berpegang kepada satu 'quote' yang selalu digunakan oleh seorang pendidik aku iaitu 'no pain, no gain'. Jadi usahlah kita menyalahkan kerajaan atas tindakan yang pelik-pelik ataupun tak logik dan lain-lain. Seharusnya kita memunasabah diri kita dan mencari jalan penyelesaian yang lebih terbaik. Salam...

Lawatan Tun Mahathir pada Anti-Iraq war campaign di Kuala Lumpur

10 comments:

Si-D said...

aku suka dengan entry ni..love to know bout politics..
tapi aku pun same-bukan penyokong fanatik 100% kat mane-mane pihak.
suka menjadi seorang yang neutral...kritik and puji both parties even sape la aku nk wat mcm 2

Raden said...

saye puteri umno oke

sgt syg malaysia! sgt syg gomen! thanks 4 writin dis entry..sgt keciwe dgn blogger2 len dok maki hamun gomen. ooo..kepade mereke yg wat demikian..cube kamu duduk kat negare2 3rd world yg len..bersyukurla dgn ape yg ade!

AIMAN said...

weh ada bakat jadi pemuda umno hang. hahah.. keep it up!

Unknown said...

haaaaa.. pendapat kita sama!...bersyukur dengan negara kita yg aman dan stabil.. dengan mewahnya rakyat boleh berbelanja dan hidup selesa.. org yg banyak sangat krtik adalah org kecewe dan taktau bersyukur.. elok suh diorg duduk kat rawanda lagi bagus...

areripe said...

aku bukan sokong mana-mana pihak la eman, aku cuma menceritakan situasi aku...hehe!
betul sangat la zulfikar...

areripe said...

amboi, nadia puteri umno ka> umar dh ckup?hehe

Shidy, dua-dua ada kelemahan dan kebaikan...
terima kasih x)

Pejuang Kesenian Extreme said...

Aku pun menyokong kerajaan sekarang..
memikirkan nasib rakyat..
secara terus terang aku tidak suka dengan kepimpinan Abdullah,tidak ada ciri2 seorg pemimpin yg tegas dan kelihatannya beliau mudah untuk dipijak..

PM sekarang pulak kelihatannya sering membela nasib rakyat dan sentiasa memikirkan cara terbaik untuk membelanya..aku suka PM kita yang ke 6 ni..(dato sri Najib)

Kadang2 aku terasa anoying juga dengan sikap sesetengah pihak..asal minyak naik salahkan kerajaan,asal benda tu naik salahkan kerajaan..tak pernahkan ke diaorg cuba berfikiran bijak dengan mikirkan kerajaan menaikkan harga atas faktor2 tertentu..

Tapi aku berpegang kepada kata2 Tun Mahathir,kita tengok calon yang bertanding di pilihan raya..Kalau calon tu terok,kita jangan undi dia walaupun dia dari BN sekalipun..

F_H said...

aku politik2 mmg ke gaung la.. haha, mmg kite rakyat malaysia mmg 24 jam di bantu oleh kerajaan.. semua nak subsidi.. haha.. sekolah pun semua dpt bantuan..

kalau masuk U pulak.. sorg stdent krajaan spport paling2.. malas nak g tau.. hahah

so hargai la ape y kite ade skrg.. n wat la pemilihan YB YB y btl iklas menjalankn tugas (pesal msuk YB lak).. haha

Anonymous said...

xcuse me..bukan duit kerajaan tetapi duit pembayar cukai (duit rakyat). So menjadi kewajipan mana2 pemerintah utk menyediakan kemudahan dan kebajikan kpd rakyat..sbb itu kita pilih mereka semasa PRU.
Sebenarnya kita ni kategori negara byk duit sbb pelbagai cukai telah dikenakan. Samada korang perasan atau tidak..aku x pasti. Sepatutnya setelah 53 tahun memerintah, nasib rakyat kebanyakan bertambah baik. Jgn kata kemiskinan tiada,jgn disebabkan korang bole surfing,tiada rakyat yg susah. korang akui rasuah dan salah urus tadbir(perbelanjaan boros dan mewah) d malaysia..x terfikir kah sekiranya perkara ini dpt di selamatkan ianya lebih bermanfaat utk kita semua.
Berkenaan harga petrol, sepatutnya bila harga pasaran naik secara x langsung, keuntungan negara akan meningkat..tapi sebaliknya berlaku. Cerita nk menyedapkan telinga adalah subsidi d potong kerana utk meningkatkan sistem pengangkutan awam ?? untuk mengatasi penyeludupan minyak ?? Tapi dlm masa sama..bole pulak ada idea nk buat jejantas rm70k semeter,menara 100 tkt rm5b, overnite d dubai dan byk lagi cth2 pembaziran yg patut bole d manfaat utk rakyat..sekarang kita terkesan kenaikan harga barang,gaji makin mengecil..sapa buat untung mereka dan keluarga mereka..kita,anak anak kita pulak yg terpaksa support gomen skrg. Sebenarnya terlalu byk utk aku kata ttg gomen..pd aku enough is enough..korang buka la minda cari info patut sokong lg atau tidak utk kebaikan rakyat

Unknown said...

Salam, mana yang buat betul & baik kita sokong la , mana yang tak betul kita sanggah la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...