Monday, January 31, 2011

Cara Kawal Belanja 2011


Aku pun tak pandai nak kawal perbelanjaan aku, nikan pulak nak ajar orang.HEHE. Tapi jangan risau sebab teknik aku ni agak menjimatkan jika digunakan dengan betul-betul. Cuma aku akan hilang sedikit kewarasan dalam perbelanjaan bila masuk bab gitar dan komputer. Yang lain jagan risau, 'confirm' jimat! Dan ini adalah teknik aku semasa duit PTPTN sudah habis, kalau masa PTPTN ada lagi, 'lifestyles' aku bukanlah begini!HEHE

Aku adalah pelajar Universiti dan menyertai PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu) yang tegar. Perjalanan aku dari rumah ke U memakan kos sebanyak RM40 pergi balik termasuk TOL. Jadi, duit ini memang aku takkan sentuh dan aku akan simpan dalam peti duit yang ada dalam kereta tu.

So, bagi menjimatkan perbelanjaan aku lagi, aku akan gunakan taktik-taktik di bawah:

  1. Sebelum balik asrama, bantai(telan) nasik sampai perut FULL dan cuba dapatkan stok maggie dan snek-snek mahupun roti secukupnya dari rumah ibu bapa anda.

  2. Makan sehari 3 kali ja paling banyak dan makan tengahari dekat U sebab 'confirm' makanan kat Kafe U murah berbanding kedai luar. Petang makan nasik lemak dua bungkus. Dan malam nasi goreng. Settle!

  3. Sekurang-kurangnya ada 3 botol kosong(botol mineral ataupun botol 1 galen) berada bawah katil bilik korang. Bila dahaga takyah dok gatai nak turun koperasi beli air sedap sebab air mineral yang boleh refill satu liter 20 sen tu lebih kompetitif dan sihat untuk otak korang.

  4. Masih lapar walapun dah makan, masa ni lah stok-stok yang korang sapu di rumah digunakan. 'Housemate' aku siap boleh buat spaghetti kat asrama punya banyak barang dia sapu kat rumah dia. Satu rumah kenyang. Thanks John!

  5. Bosan boleh menyebabkan korang lapar, jika ada lappy, mainlah PES ka Dota ka untuk menghilangkan rasa boring dan bagi yang takdak lappy pergilah bilik member yang ada lappy untuk dicemei(main free). Dan korang boleh buat banyak lagi aktiviti lain seperti dalam post Santapan Pelajar IPT

  6. Bagi lelaki, main futsal berbayar seminggu sekali cukup, sebab U dan sediakan court yang tak berapa lengkap sebab main sebelah 15. Sampai bola pun tak nampak dah. Dan perempuan, aku pun tak tau apa yang korang buat bila keluar asrama.

  7. Hentikanlahh seketika hobby luxury korang seperti main snooker, bowling, makan tokwan(KFC) dan lain-lain yang boleh mengakibatkan ketagihan hendak buat lagi. Maksud aku bukanlah hentikan terus, bila dah ada duit pergilah...

  8. Tapi taktik paw kawan memang bukan amalan dan budaya aku sebab kesianlah member-member korang tu, dia beli pun sebab dia lapar, kalau tak lapar tak kebuloq dia nak beli. Tapi kalau dia kata aku belanja tu takpa lah.
  9. Satu lagi, kalau korang drive kereta ke kelas, cari member bagi full kereta dulu, then baru jalan. Minyak kongsi lah sorang sikit. Taklah si dreba kereta itu kesakitan menanggung kos minyak yang agak memeritkan ni....
Ini adalah taktik aku yang tak berapa best yang aku gunakan semasa duit PTPTN dah habis ataupun belum masuk sebab memang 'effect' perbelanjaan aku di Universiti. Apa pula taktik korang bila dah sengkek? HEHE. Aku pun teringin nak tahu...

5 comments:

Unknown said...

hoho. Thanks for the tips! :D

me is aku said...

hak3. ade gak yg boleh pakai

Anonymous said...

der... cantek post kali ni..
klu ak tuk jimat senang ja,..
MAIN DOTA sampai tgh mLM pastu tidoq..
setel mkn mlm..
hahaha
tp xleh uat selalu nt pewot anda mendendangkan lagu rock kapak lak...

amry said...

ni cara aku yang dah bekerja. hehe..duit sehari2 kaau balik kerja, ada duit syiling masuk tabung. tak sedar boleh dapat ratusan. betul. so duit tu boleh guna bila time sesak..time ada duit tu, buat budget.sehari2 berapa. congak la kalau sehari banyak ni cukup ker untuk satu2 tempoh yang telah ditetapkan tu mengikut duit yang ada.janganla hari ni ada 100, settle hari tu jugak sedangkan 100 tu untuk 2 hari :)
idea mangang aku. hehe..aku pon boros gak der pada satu subjek tu. hehe

koepee said...

kalo aku tgah kje ni, nk bajet snang je.. mkn pagi kt kdai (time rehat dlm pkol 10.30pg) mkn roti canai ngn teh tarik.. sure knyang smpai abeh kja pkol 5ptg.. blik kje tros bkak laptop men game.. pas semayang maghrib, masak nasik sndri.. abeh busuk pn 1 ari dlm rm4 ja kuar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...