Saturday, February 26, 2011

McDonalds


Mim kaf dal wau nun alif lam dal zai.. Memang bunyi McDonalds betoi la. Aku ingatkan depa ni tulih benda ngarut pastu translate benda laen.. bikin gua kalot jer. :)

Non-Gender??


Non-gender children?? Apa kejadahnya ngan non-gender?? Ni kes yang betol-betol RARE!!!

\('0')/!!!

Saturday, February 19, 2011

Cerita Hantu Asrama (pt 1)

Aku dulu sekolah dekat boarding school. So, kalo dah boarding ni korang paham-paham la kan, Banyak citer hantu yang best. Yang kadang-kadang korang tak pernah dengar pun ada. Banyak jugak la situasi yang aku sendiri pernah kena sakat tapi takder la sampai demam seminggu dua. Aku punya semangat pun takder la kuat @ lemah sangat cuma boleh tahan la. Antara hantu-hantu yang wujud kat sekolah aku....

Wednesday, February 16, 2011

Polis Yang RARE!!

Firstly, aku memang tak perasan apa yang tak kena ngan pic ni.. Bila aku tengok pic yang bawah baru la aku perasan. Memang RARE lah polis ni!!!

--> teman rase ler.. abg polis ni lupe nk bawak pestol sebab darurat nih!! kih3

Tuesday, February 15, 2011

KeluangMan 3D apa cerita?


Dia bagaikan seorang pahlawan, menjadi pembela...blablabla. HAHA, dah tak ingat lirik macam mana, tapi bagi peminat cerita keluangman korang mesti ingat irama lagu ni kan. Dah lebih sepuluh tahun kita tidak dengar berita pasal Keluangman. Aku teringat nak tulis post ni pun sebab tadi aku tengok Trailer Spiderman 4. Korang tahu tak sebenarnya Keluangman akan dikeluarkan dalam bentuk animasi 3D mungkin pada bulan June 2011.

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul, perarakan timbul isu?

Sebelum menulis apa-apa, aku dekat sini sangat bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini. Apa yang aku lihat adalah timbul isu perarakan Maulidur Rasul ingin dibatalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun lepas yang sememangya tidak benar. Ia telah menimbulkan kemarahan bagi sesetengah masyarakat. Tapi adakah perarakan Maulidur Rasul ini sangat diperlukan bagi mengingati Baginda SAW?

Penipuan Ilusi yang RARE

Mula-mula aku tengok video ni takder yang pelik pun. Ok je aku rasa. Bila dah play baru aku tau yang aku ditipu. Apa-apa pun nice video sebab aku rasa korang suma pun kena tipu jugak. Takyah tipu la korang.. Aku tau. :)
video

Konspirasi Kematian Hitler RARE!

Aku rasa tak payah lah aku ceritakan tentang Adolf Hitler yang memang korang semua dah kenai. Mungkin budak sekolah rendah masih kabur-kabur tentang diktator terhebat dan terkejam di dunia ini. Aku terlantas nak tulis post kali ni sebab tadi aku buka channel 553(National Geographic) yang storykan penemuan tengkorak Hitler dan gigi Hitler. Tapi agak hambar tinggal lagi 15 minit dokumentari tu nak habis, so memang aku tak berapa nak faham. Yang aku taw, saintis forensik tu dok kaji gigi Hitler dan kesahihannya.

Sunday, February 13, 2011

Kalau la aku, Menjadi JUTAWANG!!!

Bulan yang terang bederang kat langit tu memang aku punya la.
(inspired by koepee, bukan areripe)

Tak Takut Ler...



Dah lima hari tak post, harini aku nak post tentang iklan yang aku rasa RARE!! Ceeeewwaaahhh!! Makin seronok pulak guna ayat RARE nih.. (hahahaa.. ('3')).. Apa-apa pun korang tengok la iklan nih.. Kalo korang rasa RARE...

Sila angkat tangan macam saya.. ok??

Saturday, February 12, 2011

Gaya Pelajar Guna Toyol

Memandangkan Exam Mid Sem dah dekat, aku nak ceritakan taktik-taktik yang selalu pelajar guna tak kira sekolah menengah mahupun IPT di Malaysia. Kalau diikutkan toyol ni adalah makhluk aneh yang suka menolong tuannya mencuri duit orang, lebih kurang dengan toyol ni yang bagi jawapan pada tuannya semasa peperiksaan.HAHA. Kalau dulu mungkin toyol exam adalah kertas kecil yang ditulis nota-nota penting, tapi sekarang toyol telah menjadi lebih canggih dan susah dikesan oleh penjaga peperiksaan. Jom kita tengok apa jenis toyol yang selalu pelajar pakai.HEHE!

Camera yang RARE!


Bila aku terfikir balik sebab apa aku letak title blog ni Radio Rare aku rasa seperti nak letak semua benda RARE ja dekat blog ni. Dalam dok mencari benda-benda yang pelik,susah didapati dan unik aku telah bertanya pada member aku benda apa yang RARE dan diidamkan dalah hidup. So member aku sorang ni telah bagi tau Limited DSLR.

Friday, February 11, 2011

Apa kita main time Sekolah Rendah dulu

Teringat zaman sekolah rendah dulu, macam-macam permainan kita main. Yang tradisional ada dan yang moden pun ada. Tapi bila aku tengok sekarang, permainan yang aku main dulu dah macam pupus ja. Kalau dulu kita main guli sekarang main Yu-Gi-Oh(kad ada power). Kalau dulu main Digimon sekarang main PSP. Kalau dulu main Super Nintendo(super mario) sekarang PS3 dah. Tak boleh salahkan genarasi sekarang sebab arus kemodenan yang menukarkan corak kehidupan manusia sekarang. Jadi kat sini aku nak 'list'kan permainan yang canggih dan top masa zaman sekolah rendah dulu. Ini adalah pendapat aku dan memang kebanyakan lelaki ja minat benda ni...

Thursday, February 10, 2011

Si Perompak Yang Sopan & Jujur


Aku bukan nak repect pencuri ni tapi cara dia mencuri agak RARE dan pelik dari pencuri-pencuri lain. Pada dia mencuri, masuk Bersamamu lagi bagus. Mari kita saksikan....


Dan perompak berusia 65 tahun ini ditangkap atas tuduhan rompakan bersenjata dan mencuri. Kesian aku tengok pakcik ni, tapi nak buat macam mana, salah tu tetap salah.

Hisap Sampai Kering

4 hari tak tulis post, nasib baik ada Mr Kopee tolong update. Dan jangan pandang negatif dengan tajuk post kali ini. Aku bukan nak cerita pasal siput sedut ka, ataupun hisap dareee(nabil raja lawak) ataupun kutuk orang. Tapi aku nak beritahu korang pasal port-port yang korang boleh pakai untuk download link movie,music,apps,drama,games dan lain-lain.
Rapidshare adalah antara Web yang terbesar yang menawarkan File Hosting ataupun files sharing di dunia! Banyak lagi rangkain lain seperti Megaupload,Hofile,FileServe dan macam-macam lagi. Bagi yang dah paham ataupun sudah menggunakan khidmat-khidmat syarikat ini memang mempunyai kuasa sedutan maksimum! Tapi! Rapidshare dan rangkaian lain ini bukanlah bodoh sangat nak bagi orang share files dekat server mereka dengan free, tapi depa telah membahagikan kuasa sedutan ataupun download kepada dua aras. Bagi 'premium member' kuasa sedutan adalah pada tahap maksimum dan boleh menyedut(download) seberapa kerap dalam satu hari. Jika ahli biasa, kuasa sedutan pada tahap yang perlahan dan mempunyai 'limit' untuk download  sehari. Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk rapidshare.

Kenapa korang perlu pakai rapidshare?
Seriously, rapidshare punya link memang besar tahap gaban dan korang tak payah dok pergi kedai juai DVD movie ataupun jual software dan games sebab diorang pun download dekat sini sebelum di'burn' masuk ke dalam DVD untuk dijual dekat korang. Boleh kata apa saja yang korang carik semuanya ada dekat sini termasuk yang tutut!HAHA! Pandai-pandailah korang menggunakan perkhidmatan ini dengan sebaiknya.

Harga?
Bagi aku yang gila games dan movies ni, harga dia amat berpatutan la sebab sebulah baru RM25. Kalau pergi beli games, baru dapat satu games! Kalau dalam satu bulan, 10 games pun sempat download. Kalau movie aku rasa sehari boleh 10 kut! Satu movie = lebih kurang 2 jam download(Streamyx 1Mbps), korang cuba fikirlah berapa movie boleh download dalam satu hari! Jangan sampai meletup pc korang sudahlah!

Sebenarnya panjang lagi boleh cerita hal ehwal rapidshare ni, tapi takut korang boring aku berhenti dekat sini dan korang pergilah selongkar sendiri keseronokkan pakai rapidshare. Satu lagi, nak download e-book pun boleh, contohnya seperti majalah,tutorial,komik dan novel yang berharga ratusan dollars dan tak terdapat di Malaysia! Selalunya aku suka masuk Katz.cd sebab korang search ja apa yang korang nak dekat situ.

Last but not least, korang boleh beli rapidshare account ni dekat pengedar sah di Malaysia iaitu http://rs.net.my/. Jangan takut, diorang tak tipu punya! Dan rasailah kuasa sedutan maksimum!

Tuesday, February 8, 2011

Lek Lue Bro!!


Aku tau ramai yang tak puas hati ngan lecturer masing-masing. Ye la, baru je abes cuti on the spot nak buat test la, quiz la, assignment la, macam-macam lagi la.. So, sit back & enjoy these nice pics ok..

Sunday, February 6, 2011

Danger Line (Cover Solo)


First time letak video cover dekat blog. Macam Poyo lah pulak. Tapi biaqlah, memandangkan lagu ni punya solo yang mendayukan cuma bila aku main, agak kurang dayu sebab kantoi kat last-last tu. Lagu ini adalah lagu Avenged Sevenfold dari album terbaru mereka iaitu Nightmare. Semoga terhibur walaupun tak berapa sedap.HEHE. Dan memandangkan followers Radio Rare sudah hendak mencecah 300, ini adalah tanda terima kasih kami!!

Yang ni confirm la sedap lagi sebab dimainkan oleh Synyster Gates!!
Synyster Gates - Avenged Sevenfold Lead Guitarist

Konspirasi Anjing Hidup Tanpa Badan

Mula-mula usha video memang tak percaya sebab bila baca description video cakap propaganda Russia la apa la. Tapi dokumentari 1940 yang dihasilkan di Russia ini memang sangat menakjubkan. Walaupun kesahihannya masih belum dikenalpasti atau sudah, aku rasakan mereka ini mungkin yang mulakan evolusi pembedahan jantung dan paru-paru.

Kalau korang dengar orang tua yang dok sembang first-first dalam video tu memang berbaur propaganda pun sebab dia macam menyeru rakyat Russia menjadi tentera sebab semasa dokumentari ini ditontonkan adalah senasa perang dunia kedua. Bagi aku dokumentari ini betul la, sebab diorang bukannya buang kepala anjing ini sebab otak memang tak boleh direka menggunakan teknologi. Saintis-saintis ni sebenarnya menggunakan organ utama ajing ni juga cuma diorang menggunakan prinsip seperti dalam jantung yang mengepam darah dan oksigen ke seleruh tubuh badan dengan menggantikan 'venous pump' dan untuk menggantikan paru-paru dengan 'reservoir' yang mencampurkan darah dengan oksigen. Itu yang aku paham, mungkin betul mungkin salah. Kalau salah tolong perbetulkan...

Korang boleh fahami konsep dan prinsip yang digunakan pleh saintis ini pada video di bawah;


p/s : kredit to kopee sebab info dia masa kami lepak kat Subaidah semalam.

Saturday, February 5, 2011

Mona Lisa adalah lelaki

Itulah kata-kata Silvano Vinceti, pengerusi jawatankuasa nasional Itali yang mengatakan bahawa lukisan Da Vinci ini ada kaitan dengan kekasihnya Salai atau nama sebenar Gian Giacomo Caprotti seorang artis muda lembut berusia 25 tahun yang bekerja dengan Da Vinci sebagai model dan inspirasi. Kemungkinan Leonardo Da Vinci adalah Gay.

Bagaimanapun dakwaan Silvano ini dibantah oleh pakar di muzium Louvre di Paris, dimana lukisan Mona Lisa dipamerkan. Tapi apabila aku melihat balik potret Salai ni memang boleh kita bandingkan persamaan Mona Lisa dengannya dari segi hidung dan mulut.
Gian Giacomo Caprotti
Tambahan lagi Vinceti berkata yang Leonardo Da Vinci meninggalkan petunjuk kepada identiti model dengan huruf kecil S dan L yang ditemui olehnya pada mata Mona Lisa. Memang Vinceti ni dah kaji habis lukisn Mona Lisa.  Kemungkinan huruf S dan L yang dilukis itu bermaksud L untuk Lenardo dan S untuk Salai.
St. John the Baptist hasil lukisan Da vinci juga ada
persamaan dengan Salai
Pihak muzium sekali lagi membantah keras dakwaan Si Vinceti ini sebab diorang pun dah buat ujian makmal pada tahun 2004 dan 2009 tapi tak jumpa langsung kesan S dan L yang Vinceti cakap tu. Tambahan lagi, lukisan itu dilukis di atas kayu yang boleh menyebabkan rekahan yang pelbagai bentuk yang mungkin disalah tafsirkan oleh Venceti. Last but not least, pihak muzium juga mendakwa Vinceti membuat dakwaan tanpa melihat lukisan sebenar itu. Banyak lagi sebenarnya dakwaan Vinceti ni dan bantahan dari pihak lain yang menjadi konspirasi Mona Lisa ni.

Sebelum ni pun banyak juga konspirasi tentang lukisan Mona Lisa ni, dan sekarang pulak dakwaan Mona Lisa ni seorang lelaki. Tapi kalau korang tengok betul-betul memang ada persamaan muka atara Salai dengan hasil lukisan Da Vinci yang lain dan satu lukisan lagi iaitu 'Angel Incarnate' yang aku memang malas nak letak sebab ada adult content dalam gambar tu.HEHE!(search la sendiri). Tapi kita baca ini sekadar menambahkan lagi ilmu di dada bukan nak mempercayai lukisan-lukisan Da Vinci ni yang agak ke arah agamanya.
Itu maklumat lanjut korang boleh baca di Yahoo!

p/s : Leonardo Da Vinci memang boleh ditafsirkan Gay sebeb ura-ura mengatakan Salai kekasihnya itu tidak dibantah.HEHE!

Friday, February 4, 2011

Wajah Baru Radio-Rare!

Apa pendapat korang dengan wajah baru Radio Rare terbaru yang tak seberapa ini, kerana Tuan blogger yang agak noob. Dan sebenarnya header tu bukan siap sepenuhnya, tapi gedik sangat nak upload kan.HAHA. Mungkin wajah baru Radio Rare boleh menarik minat ramai pembaca. Dan aku tak akan bagi cantik header ja, tapi isi dalam blog juga akan diperkemaskan dan dipertingkatkan dari segi penulisan dan isu-isu yang rare! Selamat membaca!

Thursday, February 3, 2011

Ted Williams: The Man With Golden Voice

Ted William.. Apa yang korang kenal dengan orang ni?? Kalo korang tak kenal dia pun takpe, takder sape yang nak marah korang pun. Lagipun Ted Williams ni bukan la orang yang berpangkat besar. Dia ni adalah sorang insan yang mengalami banyak masalah sampai dia sanggup minta sedekah kat tepi jalan. So, apa yang hebat sangat dengan Ted ni??? Uniknya Ted ni adalah suaranya. Dari rutin harian dia mintak sedekah, akhirnya ada la sorang mamat ni yang tertarik ngan suara Ted ni. Masa diorang bagi sedekah kat Ted ni, diorang pun mintak la Ted buat demo sikit. Hasilnya, BOOOOMM!!! Kecoh terus kat internet. Aku takmau bagitau korang, korang dengar la sendiri kat video yang aku letak ni.


Arin Ilejay ganti Mark Portnoy A7X

Arin Ilejay telah menggantikan tempat Mark Portnoy sebagai Drummer Avenged Sevenfold untuk tour Avenged Sevenfold selepas Mark Portnoy menarik diri. Bagi sesiapa yang tak kenal Avenged Sevenfold, depa ni band metal yang mempunyai seorang drummer tetap sebelum ni yang mati awal pada umur 30 kut. Lepas tu, A7X telah mengambil Mark Portnoy sebagai pengganti tempat The Rev(former drummer) untuk bermain tour bersama A7X. Tapi, masa tu aku ingat memang Mark Portnoy nak masuk A7X sebab dia keluar band yang legend iaitu Dream Theater. Tapi malangnya Mark Portnoy enggan meneruskan kontraknya dengan A7X.
Arin Ilejay si tukang ketuk tong baru Avenged Sevenfold
Arin Ilejay adalah dari kumpulan Metalcore bernama Confide dan akan mengambil alih tugas-tugas drummer band untuk tour A7X yang akan datang. Tidak ada kenyataan rasmi telah dibuat oleh ahli A7X yang menyatakan Arin Ilejay akan menjadi drummer tetap band itu tapi AvengedSevenfold memberi komen berikut
"We recently asked several friends who knew Jimmy and his style, and also knew our music and each of our personalities to suggest drummers to tour with us starting this year. Our longtime studio drum tech Mike Fasano recommended Arin Ilejay.
"We've rehearsed with Arin and have been impressed with his technical skills, attitude and work ethic. We're very excited to tour with Arin and hope all of you will give him the warm welcome to the family we have."


Arin ni main pun terbaik jugaklah, kalau tak, tak kelapaq Avenged Sevenfold nak ambik.. ni aku letakan satu video Arin punya first show bersama Avenged Sevenfold. Arin, all the best bebeh!


Sushi Punya Kes (18SG)


Ini adalah true case story tentang seorang lelaki Jepun yang selalu complaint sebab sakit kepala yang amat sangat. Si polan ni namanya Mr. Shota Fujiwara. Dia ni suka sangat makan sushi & shashimi. Minat sangat laki ni kat makanan ni sampai dia taksub nak makan kalo benda alah ni lagi fresh. Selera dia ni pelik sikit. Lagi fresh lagi sedap.
Lepas 3 tahun asyik makan benda fresh camni, lastly dia dapat sakit kepala. Sebabkan dia ni jenis tak kisah pasal body condition sendiri, dia assume yang dia dapat sakit kepala ni sebab migraine & stress dari kerja. Bila dah teruk sangat sampai body dia pun takleh nak reflex ngan betol, baru la dia buat medical check up. Masa mula-mula dia buat x-ray ngan brain scan, takde apa-apa pun yang abnormal. Bila sakit dia ni dah tak boleh tahan sangat, dia further check ngan specialist. Masa specialist tu check kat kulit kepala dia tu, specialist tu perasan cam ada benda gerak-gerak kat bawah kulit. Specialist tu pun buat la local anaesthetic kat kulit kepala dia tu. Masa tu baru la Mr. Shota ni tau rupa-rupanya ada ulat kat dalam kepala dia. Specialist tadi pun terus conduct major surgery dan diorang discover yang benda ni dah terok sangat-sangat. Kalo korang nak tengok gambar ni korang scroll la smpai bawah..
AWAS!!!!!! 18SG!!!!!!! JANGAN MUNTAH DAH LA..

Wednesday, February 2, 2011

Kucing yang sedih.. :'(



Masa aku tengah browse website, aku terjumpa pic ni.. Sedih pulak aku tengok kucing ni. Kalo korang tengok betol-betol, mata kucing ni tak sama warna. Hijau & biru. Mata kucing ni pun ada sikit-sikit cross-eye (kalo korang perasan la). Kenapa kau bersedih wahai kucing?? Aku pun sedih tengok ko lama-lama.. :'(

Tuesday, February 1, 2011

Sangap aku.....

Kalau korang nak tahu bagi yang tak tahu, aku meminati music dan instrumen music. Sebelum aku habis sekolah, aku cuma seorang kaki MP3, semua jenis lagu aku layan. Sebab dulu aku buat bisnes kat sekolah jual CD lagu. HEHE! Tapi bila aku dah habis form5, perasaan ingin mencuba bermain instrumen music yang bernama gitar semakin membuak dek member-member aku yang suka bermain music. Apa lagi aku mula dengan langkah kanan beli gitar kapok second hand milik member aku RM40. Rare kut gitar tu, sebab dia tak payah letak plastik yang bagi level tali tinggi sikit kat bridge (yang tak tahu, abaikan). 10 bulan aku bersama gitar itu. Masa tu aku belajar kat member aku sikit dan kebanyakkannya Youtube yang membantu aku. Serious!

Bapak adu polis anak curi duit

Adoi, apa nak jadi dengan remaja sekarang ni. Bukan aku nak kata diri aku ni 'perfect' tapi bila baca berita dari Harian Metro yang mengisahkan seorang bapa buat aduan polis sebab anak dia curi wang. Mula-mula tengok 'headline' macam bapaknya yang melampau, tapi bila dah baca baru aku tau si anak yang kurang hajar ini. Sudahlah berjudi, mencuri duit bapak yang sudah tua yang mencari nafkah dengan mencari besi buruk yang dijual ke kedai besi lusuh. Walapun aku cuma baca, tapi aku boleh rasa keperitan si bapak memcari duit.

Kalau si anak kurang hajar ini dibiarkan, aku rasa dia sanggup membunuh untuk mendapatkan duit. Jadi kita sebagai masyarakat takkan nak perhatikan sahaja remaja-remaja seperti ini? Pergi mamposlah, bukan anak aku dan bukan kacau kuboq aku pun. Kalau sentimen ini masih berada dalam pemikiran kita sampai bila pun kejadian macam ini akan berlaku. Ada yang mungkin ingin menasihat dan menegur, tapi apakan daya perasaan takut atau rasa seperti kacau tepi kain orang menjadi penyebab kita enggan untuk menegur si budak durjana ini. Lambat laun bukan sahaja bidang judi diceburinya tapi bidang doktor persendirian pula yang diceburinya.

Ini tak termasuk dalam kesalahan seks oleh remaja. Semalam masa aku lepak kat kedai makan, member aku cakap dalam Malaysia ni 1 daripada 5 orang remaja pernah melakukan seks. Betul ka? Aku masih menangkis nisbah yang diberitahu member aku ni. Kalau nisbah ini adalah benar, memang wajarlah kerajaan melaksanakan pendidikan seks untuk pelajar sekolah. Pada mulanya memang aku pun rasa pendidikan seks ni masih tidak perlu dilaksanakan di Malaysia, tapi memikirkan nisbah gila ini dan kenaikkan bilangan penduduk Malaysia yang dijangkita HIV ataupun AIDS disebabkan seks memang patutlah pendidikan ini dilaksanakan! Ini belum lagi aku menyentuh tentang pembuangan bayi yang menjari 'trend' zaman sekarang.

Aku merasakan kerosakan akhlak pada remaja kita adalah disebabkan kurang didikan agama. Bukan aku nak cakap ibu bapa yang bersalah dalam hal ini, tetapi sebenarnya ia disebabkan oleh diri sendiri yang memilih ke jalan ini. Kerana apa yang aku lihat, dari semua aspek sudah pun menitik beratkan keagamaan seperti ibu bapa,guru, masyarakat mahupun media sudahpun memberi yang terbaik dalam membendung dan mencegah korosakan akhlak yang berlaku.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kerosakan akhlak telah memberi impak yang besar kepada negara. Jadi, cermin diri, tingkatkan ibadah kita supaya iman semakin kuat. Kita semua perlu ingat kita adalah harapan nusa bangsa dan menjadi pendokong negara pada masa akan datang. Sekian..

Fernando Torres set for Chelsea CONFIRM!

HEHE, tak lah confirm lagi setakat ini tapi kesahihan Torres ke Chelsea memang korang boleh tahu bila aku baca berita dari http://www.telegraph.co.uk

Fellowship of Animals



Kadang-kadang korang perasan tak yang korang punya pet tu ada buat aksi-aksi yang korang rasa lawak dan bila korang bagitau kat orang lain, diorang tak caye. Of course la diorang tak caye kalau takde bukti kan?? Hahahaha.. Kat sini aku ada sikit (banyak jugak larr..) koleksi gambaq pet yang comel lotte kiut miut ni. What ever komen korang aku harap korang enjoy... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...