Adoi, apa nak jadi dengan remaja sekarang ni. Bukan aku nak kata diri aku ni 'perfect' tapi bila baca berita dari Harian Metro yang mengisahkan seorang bapa buat aduan polis sebab anak dia curi wang. Mula-mula tengok 'headline' macam bapaknya yang melampau, tapi bila dah baca baru aku tau si anak yang kurang hajar ini. Sudahlah berjudi, mencuri duit bapak yang sudah tua yang mencari nafkah dengan mencari besi buruk yang dijual ke kedai besi lusuh. Walapun aku cuma baca, tapi aku boleh rasa keperitan si bapak memcari duit.
Kalau si anak kurang hajar ini dibiarkan, aku rasa dia sanggup membunuh untuk mendapatkan duit. Jadi kita sebagai masyarakat takkan nak perhatikan sahaja remaja-remaja seperti ini? Pergi mamposlah, bukan anak aku dan bukan kacau kuboq aku pun. Kalau sentimen ini masih berada dalam pemikiran kita sampai bila pun kejadian macam ini akan berlaku. Ada yang mungkin ingin menasihat dan menegur, tapi apakan daya perasaan takut atau rasa seperti kacau tepi kain orang menjadi penyebab kita enggan untuk menegur si budak durjana ini. Lambat laun bukan sahaja bidang judi diceburinya tapi bidang doktor persendirian pula yang diceburinya.
Ini tak termasuk dalam kesalahan seks oleh remaja. Semalam masa aku lepak kat kedai makan, member aku cakap dalam Malaysia ni 1 daripada 5 orang remaja pernah melakukan seks. Betul ka? Aku masih menangkis nisbah yang diberitahu member aku ni. Kalau nisbah ini adalah benar, memang wajarlah kerajaan melaksanakan pendidikan seks untuk pelajar sekolah. Pada mulanya memang aku pun rasa pendidikan seks ni masih tidak perlu dilaksanakan di Malaysia, tapi memikirkan nisbah gila ini dan kenaikkan bilangan penduduk Malaysia yang dijangkita HIV ataupun AIDS disebabkan seks memang patutlah pendidikan ini dilaksanakan! Ini belum lagi aku menyentuh tentang pembuangan bayi yang menjari 'trend' zaman sekarang.
Aku merasakan kerosakan akhlak pada remaja kita adalah disebabkan kurang didikan agama. Bukan aku nak cakap ibu bapa yang bersalah dalam hal ini, tetapi sebenarnya ia disebabkan oleh diri sendiri yang memilih ke jalan ini. Kerana apa yang aku lihat, dari semua aspek sudah pun menitik beratkan keagamaan seperti ibu bapa,guru, masyarakat mahupun media sudahpun memberi yang terbaik dalam membendung dan mencegah korosakan akhlak yang berlaku.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kerosakan akhlak telah memberi impak yang besar kepada negara. Jadi, cermin diri, tingkatkan ibadah kita supaya iman semakin kuat. Kita semua perlu ingat kita adalah harapan nusa bangsa dan menjadi pendokong negara pada masa akan datang. Sekian..
12 comments:
gengster , xkat nak makan mcd pon kena ada atas rm11 kata singga
x baik ow curi.. kalau paw x pa...
lau bapak ku..rotan je onda spot. xde nk repot2 polisi
Haihh, mmg takut la tgk remaja zaman skrg. Merata kalau keluar bdr pun dh tunjuk gangster dgn org dewasa
ape benda laa budak budak zaman skunk . aku punn merokok gak , tp tade laa smpai teruk sgt cmtue . budak skolah skunk ramai da rosak akhlak , nasihat bg punn tanak dgr =.="
hmm tu lah... mmg x boleh nak salahkan ibu bapa, sebab ibu bapa dah bagi segala didikan yang sempurna.. yang salah, diri sendiri.. kenapa dia pilih jalan macam tu.. mungkin remaja yg bermasalah ni belum boleh fikir dengan waras.. mudah sgt terpengaruh.. tak tau nak nasihat macam mna lagi.. (geram ni...)
kalo anak tu dh besar pnjang mmg xleh nk kta apa dh la.. mmg salah anak tu sndri.. xkn la dia xleh nk pikir. kalo anak tu x matang lg bleh la kalo nk salahkn mak ayah.. haduiii.. umoq lebey 20 tahun pn xleh nk beza haram ngn halal.. nk tggu malaikat maut antaq emel kot bru bleh beza.
sungguh tak senonoh anak anak zaman sekarang doeee
haram gambar tersebut...haha
Bangga aku ngan kawan aku sorang ni.
Go arip go.. juangkan seks.. eh silap. Say no to seks? Ermmm before kawen je la.. Muahahaha
budak2 sekarang memang teruk2 la bro...budak sekolah rendah pon dah pandai lepak2,hisap rokok....sekoah rendah baru, sekolah menengah lagi teruk ler
bdak2 mmg trok.. tp lg trok kalo xdk spa yg nk bimbing bdak2 tu..
Post a Comment