Tuesday, February 1, 2011

Sangap aku.....

Kalau korang nak tahu bagi yang tak tahu, aku meminati music dan instrumen music. Sebelum aku habis sekolah, aku cuma seorang kaki MP3, semua jenis lagu aku layan. Sebab dulu aku buat bisnes kat sekolah jual CD lagu. HEHE! Tapi bila aku dah habis form5, perasaan ingin mencuba bermain instrumen music yang bernama gitar semakin membuak dek member-member aku yang suka bermain music. Apa lagi aku mula dengan langkah kanan beli gitar kapok second hand milik member aku RM40. Rare kut gitar tu, sebab dia tak payah letak plastik yang bagi level tali tinggi sikit kat bridge (yang tak tahu, abaikan). 10 bulan aku bersama gitar itu. Masa tu aku belajar kat member aku sikit dan kebanyakkannya Youtube yang membantu aku. Serious!

2007 : this is my kapok life. Bujet smart budak tu haha!
Belajarlah aku chord-chord basic dan lagu pertama yang aku main adalah Only One dari Yellow Card. Aku ingat lagi sampai tumbuk dinding la sebab geram takleh picking time intro tu. Belajar punya belajar aku dah sampai ke satu tahap pandai bermain lagu Punk Rock yang banyak  main chord rock dan basic chord. So, memang aku gila Punk Rock lah masa tu. Yang pelik masa tu aku cuma ingin jadi second guitarist yang banyak bermain chord. Bila masuk bulan ke sepuluh gitar kapok aku tu, aku dah mula serius dan terpikir untuk membeli gitar karan yang best uww pakai kat tempat jamming. Dapat duit PTPTN aku rembat terus gitar karan Squier Strat yang berharga dalam RM800 beserta AMP Ibanez yang berharga RM350 tidak ketinggalah Strap Fender macam Sham Kamikaze pakai tu, HEHE!
2007 :And this is electric guitar life! Garang tu! HAHA
Setahun aku berasmara dengan Squier tu, dan kalau yang starting nak beli gitar karen memang aku nasihatkan pakai ja squier ni dah la harga ok dan friendly dengan user plak tu. Tapi, aku rugi sangat sebab tak rakam satu lagu pun guna gitar tu. Dan masa aku pakai gitar tu, MCR menjadi group idola buat aku(suka hatilah korang yang fuck MCR nak kutuk aku, sebab aku suka bunyi dia). Memang study habis lagu-lagu hits MCR sampai hujung jari tu naik kematu macam batu! Masa tu aku dah taw macam-macam chord lain, dan masa tulah lahir perasaan ingin menjadi Lead Guitarist yang suka main solo-solo tu.HEHE. Pulun punya pulun aku main sampai la member-member aku beri kerpercayaan kat aku jadi LEAD GUITARIST! OWH YEAH!
2007 :Wuuu, dah jadi Lead Guitarist, Renyih sampai telinga!
Perjalanan hidup aku bersama gitar belum berakhir di situ, banyak lagi pahit manis aku bersama gitar selama 4 tahun bermain gitar. Nantilah sambung, aku nak keluar makan Yong Tau Fuu. Salam!

11 comments:

Amiey White said...

wow~! :D

amry said...

aku duu waktu belajar, ada gak nak belajar main gitar. tak lepas2!!tension aku. aku tak pandai nak tune...arghhhh!!!

Amira Naddia said...

aku da lame pendam hasrat nk men piano..tp jari jemari ku pendek

k.a.s said...

i wish i had an electric guitar.. *sigh*

CikKaikazie said...

kalau tgk lelaki pandai main giter terus cair.

hmmmp.

nini syuffina jalil said...

i have a dream to play guitar :(

AIMAN said...

fuyooooo... kagum. :P

MiMie AddNin said...

give up laaa...
samapi ke sudah tak tau mane nak tekan..nak petik tali pun x tau..
hahahahaha

cik wanie LovelA said...

extreme dowh..saya folower yg ke27o folow me back http://cikwanielovela.blogspot.com/

cik wanie LovelA said...

extreme dowh..saya folower yg ke27o folow me back http://cikwanielovela.blogspot.com/

ZuLfikar Dungun said...

bro , kite same bro , huhu , lpas hbis form5 bru blaja gitar , aku 3 bulan dah boleh main sume chord :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...