Memandangkan Exam Mid Sem dah dekat, aku nak ceritakan taktik-taktik yang selalu pelajar guna tak kira sekolah menengah mahupun IPT di Malaysia. Kalau diikutkan toyol ni adalah makhluk aneh yang suka menolong tuannya mencuri duit orang, lebih kurang dengan toyol ni yang bagi jawapan pada tuannya semasa peperiksaan.HAHA. Kalau dulu mungkin toyol exam adalah kertas kecil yang ditulis nota-nota penting, tapi sekarang toyol telah menjadi lebih canggih dan susah dikesan oleh penjaga peperiksaan. Jom kita tengok apa jenis toyol yang selalu pelajar pakai.HEHE!
Toyol kecil
Toyol ni memang antara toyol paling rare dan tertua sebab digunakan turun temurun dari zaman mesapotamia lagi(lawak ja). Toyol ini akan disediakan oleh tuaanya pada malam sebelum peperiksaan sebab kalut tak sempat hafal rumus ataupun teori dan toyol ini akan di'compress'kan sekecil-kecilnya untuk mengurang risiko kantoi semasa di dewan peperiksaan. Bagi aku, nama saintifik yang paling tepat bagi toyol ni adalah i-toyol sebab inovasi tuan-tuan toyol ini yang berupaya menulis satu bab dalam kertas berukuran 5x5(cm) dah macam produk-produk Apple yang menggunakan teknologi NANO!
Toyol besar
Ini adalah toyol yang paling kemas bagai sebab tuannya tidak akan dikenalpasti dan tidak akan kantoi. Selalunya 15 minit sebelum peperiksaan bermula, tuan toyol ini akan melawat tandas buat seketika waktu untuk mencari kawasan strategik untuk diletakan nota mahupun buku rujukan sebagai back-up jika terkena virus semasa menjawab peperiksaan nanti. Selalunya, pelajar akan tunggu sampai pengawas peperiksaan pergi check tandas dulu sebelum meletakan toyol-toyol mereka. Dan aku merasakan toyol ini mempunyai sikap yang baik sebab dia tidak mengira tuan untuk membantu sebab open source yang ada dalam tandas itu disediakan untuk semua calon peperiksaan.
Toyol Cyber
Kalau dulu masa zaman Nokia 3310 memang tak terfikir pun handphone boleh menjadi toyol yang hebat perkasa dan keupayaan menyimpan data yang banyak. Handphone sekarang ni dah dilengkapi dengan kamera 3.2 MP yang sudah cukup untuk focus satu page A4 paper dengan kemas dan jelas. Tambahan lagi jika Nota korang dalam bentuk words ataupun PDF korang boleh menggunakan software yang boleh membuka document words dan pdf dalam handphone korang. Dan daya ingatan toyol ini sangatlah hebat kerana boleh mencecah 32GB. Toyol ini telah menjadi trend pelajar zaman sekarang sebab tak payah nak kalut-kalut tulis ada kertas berukuran 5x5(cm). Memang kalau toyol ni review dalam Ign.com pun dapat 6 bintang sebab fleksibel dan kadar keselamatan yang lebih selamat.
Toyol Gatal
Toyol ini mungkin 1 dalam 1000 sebab peratusan pelajar yang berjaya mendapatkan khidmat toyol ni sangat sedikit dan berisiko. Tuan toyol ini perlu mengorat lecturer subjek itu sebab sampai pada satu tahap toyol itu akan dihadiahkan oleh lecturer korang sendiri. Tapi sekali dah dapat toyol ni memang skema jawapan lah!HAHA. Yang tak pernah try, tak payah nak gatai try sebab benda ni memang sangat bahaya.
Toyol Smuggler
Kalau korang pakai khidmat toyol ni, sememangnya koranglah toyol durjana itu. Taktik yang digunakan adalah dengan mencuri masuk ke dalam office lecturer dan mencuri maklumat daripada Laptop lecturer. Kalau korang nak tahu, ada sesetengah lecturer dah buat soalan Final Exam masa awal sem lagi. Jadi apa tunggu lagi, hack masuk laptop dia la.HAHA! Dan bagi lecturer yang ber'Yahoo Messenger' dengan pelajarnya, berwaspadalah sebab apabila setiap kali pelajar itu menghantar data seperti lagu,gambar,atapun fail-fail lain sebenarnya pelajar itu boleh mengakses masuk ke dalam sistem Laptop encik!
Dekat sini aku bukan nak mengajar atau menggalakan korang menggunakan toyol, tapi just nak share sebab kekadang bila tengok balik, lawak kut bila bawa toyol masuk exam, dah macam James Bond kut! Nanti bila dah tua, ingat balik time bawak toyol tu mesti ketawa. Tapi korang mesti ingat, jika korang menipu semasa peperiksaan, pastu dah kerja dan bila fikir balik gaji yang korang dapat tu bermula dari mana...
HEHE! Lu pikirlah sendiri!
15 comments:
hahah .. nice entry! :D
macam pernah aku buat dulu..hahaha
anyway header baru sgt rare :)
dulu waktu belajar, aku letak buku dalam plastik, pastu aku bukak penutup tandas duduk, pastu aku letak buku dalam tuh... so, 15 minit pas aku tgk semua soklan, aku g tandas, bukak buku n hafal sebanyak mungkin jawapan... huhuhu. nice post.. mengimbau kenangan silam...
abbas: pengakuan yg berani.. mmg RARE!! ahahahahha :3
slalu buat la ni
toyol berkeliaran waktu exam. kat kelas guna toyol selit bawah alas meja. siap kale2 lagi.
mengaku! memang cek pernah buat.
and we learn from experience!!
haha!
macam2 toyol ang ada arip..semua penah try ka? haha..
Blog walking..do follow my blog...
kah kah kah
jujur gua pnah buat yang kecik2 je
n meniru toyol mmber
sbb gua tkde gadget nak upload notes dlm smartphne
kah kah kah
haha.. aq ?
wah ! teringin na share..hik3..
tyme spm..
kimia jaa okeyh ..
aq punye lahh glabah..
last2 tles frmule kat kaen skolah! cis cake btol aq neyh..
hik3
aku bt nota kecik.. pastu selit kt dlm pen yg btg lutsinar.. senang sket nk usyar.. nk smbunyi pn senang..
toyol gatal..penah kene
member sume xpuas ati
part 5. bape kerat je lulus. aku tak stadi pape kot.
atau aku memg pandai. haha
hahahaha...hahahhaahaha..segan nak komen..kalau komen nampak gaya mcm pernah buat.. tapi kalau tak komen pun nampak gaya mcm "pernah buat tapi taknak ngaku' jadi...hahahahahahahahah gelak lah mampu mengcoverkan semua...
kehkehkeh terasa plak aku..apapun toyol yg paling canggih aku guna toyol google..bawk hp pastu google
Pengalaman Lebih,,
Post a Comment