Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul, perarakan timbul isu?

Sebelum menulis apa-apa, aku dekat sini sangat bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini. Apa yang aku lihat adalah timbul isu perarakan Maulidur Rasul ingin dibatalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun lepas yang sememangya tidak benar. Ia telah menimbulkan kemarahan bagi sesetengah masyarakat. Tapi adakah perarakan Maulidur Rasul ini sangat diperlukan bagi mengingati Baginda SAW?


Tujuan utama kita menyambut Maulidur Rasul adalah untuk mengingati kelahiran dan perlantikan Baginda sebagai Rasul dalam memperjuangkan Agama Islam. Adakah dengan mengambil tempat dalam perarakan yang membawa sepanduk dan berzikir adalah benda yang wajib dilakukan sehingga menimbulkan pertelingkahan dan lebih teruk menimbulkan permusuhan antara masyrakat? Dan antara batas-batas Syarak yang perlu dijaga semasa menyambut Maulidur Rasul adalah,  'Pengisian yang bermanfaat dan tiada perkara maksiat dan tidak menimbulkan permusuhan di kalangan masyarakat.' Jadi aku rasa tak perlulah kita mempertahankan isu perarakan ini kerana banyak lagi initiatif dan aktiviti lain yang boleh dibuat pada Maulidur Rasul kali ini.

Aku ada membaca Sambutan Maulidur Rasul Negeri Pahang pada 2007 iaitu Sambutan Maulidur Rasul telah dijadikan acara tahunan kerajaan negeri. Ia dilaksanakan bermula daripada sambutan peringkat negeri kemudian peringkat daerah dan mukim atau qaryah. Kebiasaanya dilaksanakan di masjid, dewan, di tempat-tempat yang lain. Di zaman awal 50an hingga zaman 80an sambutan ini dilakukan dengan cara tradisional seperti berzanji, tilawah al-Quran, tahlil dan sebagainya. Namun perkembangan semasa telah mempengaruhi acara sambutan ini kepada bentuk baru seperti dengan mengadakan nasyid, forum, ceramah, perarakan dan sebagainya.Semuanya ini adalah cara masyarakat Islam di Negara kita memperingati, dan memuliakan Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah SAW kerana akan memperkukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda dan meneruskan perjuangannya serta tidak melupakan ajaran dan sunnahnya. Firman Allah yang bermaksud: Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu, dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Surah Hud : Ayat 120)

Berdasarkan sambutan yang disambut oleh negeri Pahang, ia langsung tidak menyentuh tentang isu perarakan yang menjadi sensitiviti sesetengah pihak. Dan objektif utama menyambut Maulidur Rasul masih mereka utamakan. Dan mungkin aku merasakan perarakan masih belum memenuhi objektif utama Baginda SAW yang meningkatkan kesedaran tentang intipati dan perjuangan Islam.

Mengikut pandangan aku, apa salahnya kita melakukan aktiviti seperti Majlis Ilmuan di masjid,surau,dewan ataupun kawasan yang boleh menghimpunkan ramai masyarakat Islam dengan membicarakan tentang pengorbanan Rasulullah SAW dan ceramah-ceramah yang menyedarkan ditambah dengan nasyid-nasyid yang mengenengahkan mesej-mesej Islam.

Antara hikmah-hikmah menyambut Maulidur Rasul adalah
  1. Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Peluang dakwah kepada masyarakat
  3. Menyatupadukan umat Islam
  4. Mewujudkan muhabbah dan mengeratkan silaturahim
  5. Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi
  6. Menghayati kehebatan akhlak dan keperibadian Rasulullah s.a.w.
  7. Menjinakkan generasi muda agar cenderung kepada agama Islam sebagai generasi pelapis.
  8. Penyebaran ilmu dan syiar Islam
  9. Memberikan informasi semasa
Kesimpulannya, perarakan sempena Maulidur Rasul boleh dilaksanakan tetapi tidaklah sehingga menimbulkan perdebatan sampai memusuhi antara satu sama lain. Jadi apa salahnya menukar sedikit budaya itu kepada yang lebih bermakna dan mementingkan objektif utama perjuangan Nabi Muhammad SAW. Jadi aku dekat sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia. Tapi sambutan yang dilakukan Peringkat Kebangsaan itu memang wajar diteruskan! Alhamdulillah.

5 comments:

Raden said...

ang tak pegi berarak dgn kawan2 ang ke?

Amiey White said...

nak macam dulu maulidur rasul tanpa ada sedikit pun unsur politik :(

Nur Zaheera said...

salam mauliderrasul :')

koepee said...

ptg ni ujan.. mmg hujan rahmat btoi ptg ni.. amin..

Unknown said...

gaya tulisan kau makin matang dan best... aku suka baca tulisan panjang2 tapi ada isi la... bukan cerita asyik2 pasal BE, iklan.. Unique la ape la... tulisan yg bermanfaat aku sokong.. tahniah.. jap gi aku nak Bloglistkan blog ko are ripe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...