Thursday, January 13, 2011

Aku kena tindih dekat Asrama

Salam, dah 3 hari tak menulis 'post' sebab balik asrama, jadi hari ini aku nak menceritakan sebab apa kita mimpi buruk dan cara mengatasinya. Aku dua hari lepas kena tindih, padan muka tidoq time maghrib. Aku harap korang jangalah tidur time maghrib kerana tak bagus dari segi agama dan kesihatan.


Sebelum ini aku telah menceritakan tentang Penyakit Semasa Tidur dan kali ini keperluan untuk bermimpi buruk ataupun lebih tepat sebab kita mengalami mimpi buruk. Gambar post tu saja nak promote band kegemaran aku 'Avenged Sevenfold'HEHE.

  1. Stres (Kemurungan)
    Memang stres adalah kewajiban bagi setiap penghuni dunia, walaupun seekor bintang ia akan mengalami stres. Stres ini perlu ditangani dengan sihat jika tidak mimpi buruk mungkin akan berlaku pada anda. Patutla pelajar Universiti selalu kena rasukla mimpi ni nampak tu, ini disebabkan stres.
    Berdasarkan kajian 'The International Association for the Study of Dreams' mendapati bahawa punca mimpi buruk adalah disebabkan sakit, kehilangan orang yang tersayang, mengalami kekejaman atau saksi kekejaman mahupun kemalangan ngeri.

  2. Makan Pedas
    Ini mungkin sebab yang pelik kenapa kita boleh mendapat mimpi buruk. Kalau macam tu memang orang Malaysia selalu mimpi buruk la.HEHE. Memang benar, sebuah kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Psikofisiologi mengkaji beberapa orang lelaki sihat yang memakan makan pedas untuk beberapa malam dan membandingkan kualiti tidur mereka pada malam makan pedas dan sebaliknya. Pada malam makan pedas, lelaki ini tadi mengalami gangguan untuk tidur kerana badan panas dan mengganggu kualiti tidur mereka. Penjelasannya adalah makanan pedas dapat meningkatkan suhu tubuh dan mengganggu tidur seseorang.
    Hal ini mungkin juga menjadi bukti mengapa beberapa orang melaporkan mengalami mimpi buruk kerana makan terlalu dekat dengan waktu tidur. Sebuah kajian telah melihat apabila makan hampir dengan waktu tidur ia akan meningkatkan metabolisme otak dan boleh menghasilkan mimpu buruk.

  3. Dadah (Ubatan)
    Sesetengah ubat seperti antidepresan, ubat tidur dan narkotika boleh menyebabkan mimpi buruk kerna kesan sampingannya. Sebagai contoh, sebuah kajian pada tahun 2008 diterbitkan oleh Jurnal Pyschopharmacology ke atas ketamin, ubat yang digunakan dalam anestesi dan recreationally mendapati ketamin boleh mengakibatkan ketidakselesaan tidur dan meningkatkan kejadian mimpi buruk. 
Mungkin semua orang sudah mengalami mimpi buruk dan bagi aku cara yang terbaik mengatasinya adalah dengan meminta pertolongan dari Allah S.W.T. Kalau mengikut Islam, mimpi buruk datangnya dari syaitan yakni dengan menampakkan hal-hal yang jelek, dan mahu menyebabkan manusia terkejut, sedih dan boleh menyebabkan jatuh sakit kerana syaitan adalah musuh manusia, mereka menyukai apa yang dibenci oleh manusia. Allah SWT berfirman :
“apabila (kalian) melihat selain dari itu (mimpi baik) berupa hal-hal yang dibenci, maka sesungguhnya itu datangnya dari syaithan maka berlindunglah (kepada Allah) dari kejahatannya (syaithan) dan janganlah ia menceritakannya kepada seorangpun, karena mimpi tersebut tidak membahayakannya” (muttafaqun ‘alaihi).

Sebagai hamba Allah kita tidak perlu takut pada mimpi buruk dan anggaplah ia sebahagian dari taktik syaitan untuk menyesatkan kita. Wassalam.

17 comments:

Noor Fatin said...

sy pn penah rasa masa kat umah kat kl dlu..wuu

Hakeem Yusof said...

memang tak elok pon tido dari asar sampai ke maghrib . bleh jadi 'gila'

nurulnadiaroslan said...

jangan tido siang, tak baik untuk otak :D mak aku selalu cakap camni, sebab aku suka tidoq =.='

areripe said...

betul la orang tua selalu kata jangan tidoq waktu petang nanti gila meroyan...hehe!

Raden said...

jgn tido dgn laki/bini org

areripe said...

hehe, kalau tidoq mimpi bini dia mai tikam 18 kali
huh~

ayulunera said...

ohh...camtu ke rasenye...tak penah lagi setakat ni..Alhamdulillah...risau jugak...huuu

misslovalova said...

hahhaa . ayah kite ade ckp tak boley tidor pas asar . nanti cpt lupa . huu


p/s : i follow u :)

amry said...

aku tak nah lagi ler kena tindih..takut dowh!! kalau waktu sebelum tidur tu terlalu banyak fikir pon boleh menyebabkan mimpi

areripe said...

kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur dan baca doa tidur, Insyallah tidak mengalami mimpi buruk..

Si Sejuk said...

hahaha.. suka tdoq petang? ptot r otak ang cmni.

ang penah mmpi nampak ang mati pastu kena kebumi tak? hahah.. ini bapak seram. bangun dengan air mata kot.

rawsktar said...

yeah. last few weeks mimpi pasal gigi patah. scary jugak.

areripe said...

pikah : hang yang mimpi camtu, aku tak pernah pun! baik hg tobat, dah dekat dh tu.hehe!

rawsktar: kalau macam tu minta doa kat Allah supaya lindungi keluarga yang tersayang.

efa said...

ya ka cmtu?alhamdulilah la smpai skrg tak da la cmtu..risau gak kalo cmtu

areripe said...

hehe, janganlah tidur time petang dan senja.

husnaradzi said...

ingatkan pompuan je kena tindih .
heheh

ooo baru tao nih . kena amalkan spaya x mimpi buruk.
setakat ni alhamdulillah x penah jadi tapi avenged sevenfold !!!!
loikeee . ngehngeh

areripe said...

awat pompuan saja, lelaki pun kena la....
a7x for life.haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...