- Rapid eye movement behavior disorder (RBD)
Apabila seseorang itu terkena 'rapid eye movement' secara normal badan akan bergerak sendirian. Kesannya, ia boleh membahayakan dirinya mahupun orang lain. Dan jangan risau penyakit ini boleh diubati. Kalau tengok cerita Farid Kamil dengan Lisa Surihani tu, dia mengalami RBD.
- Mimpi Ngeri
Ia merupakan gangguan tidur parasomnia yang mana mengalami mimpi yang ngeri(kejam,mistik) dalam masa yang sama untuk sedar dari tidur dalam keadaan pergelutan. Apabila subjek bangun dia akan termengah-mengah, mengerang atau berteriak. tambahan lagi, subjek tidak sepenuhnya sedar bahkan ketika usaha atau pergelutan subjek semasa hendak bangun dari tidur, pergelutan ini boleh memakan masa 10 ke 20 minit. Penyakit ini agak bahaya keran boleh menyebabkan trauma bahkan melukai seseorang(jika sedang bermimpi bergaduh).
- Exsomnia atau seks semasa tidur
Jangan pelik jika tiba-tiba pasangan anda dalam keadaan tidur mengajak anda melakukan seks kerana itulah sexsomnia.HAHA! Kepada sesiapa yang mengalami penyakit ni janganlah malu untuk berjumpa doktor kerana takut orang cakap sengaja. Penyelidik telah membuat rakaman video polygraphic dimana pesakit dalam keadaan sendang tidur dan mengalami aktiviti luarbiasa dalam gelombang otak mereka semesa Exsomnia berlaku. Mungkin penyakit ini ada kebaikan dan keburukan. HEHE!
- Narcolepsy
Penah tengok cerita Sassy Girl? Yang awek tu tiba-tiba tertidur kat mana dia suka. Itulah Narcolepsy. Gangguan tidur neurologi yang umumnya berkaitan dengan jatuh tertidur pada waktu yang rawak atau menejut. Akibatnya, mereka tidak dapat berjaga pada waktu yang lama, jadi sapa ada Carcolepsy jangan jadi Pak Guard, dan semasa mereka tertidur, mereka masih tidak mengalami tidur yang restorative, menyebabkan mengantuk yang melampau dan ketidakmampuan untuk berjaga selapas tidur.
- Somniloquy (Mengingau)
Kalau duduk asrama mesti pernah dengar member-member 'time' tidoq dia cakap sorang-sorang. Kalau orang kita cakap mengingau tapi nama betulnya Somniloquy. Subjek akan tiba-tiba bercakap dengan kuat semasa tidur. Kita dapat melihat Somniloquy dimulai dengan suara sederhana dan kemudiannya pidato panjang dan boleh berlaku berkali-kali semasa subjek sedang tidur. Pendengar mungkin atau tidak mungkin memahami bahasa yang dicakap oleh objek tadi. Dulu masa aku dok asrama kat Perak, 'roomate' aku suka sembang siam. Adoi tension aku, dia siap main gigi lagi!!
Kalau korang rasa mempunyai penyakit-penyakit di atas, segeralah berjumpa doktor kerana ada ubat bagi penyakit ini. Tapi, kalau basuh kaki dan baca doa tidur sebelum tidur Insyallah dijauhi penyakit-penyakit ni.
Salam.
7 comments:
nice entry bro....bertambah pengetahuan gak ni...aku selalu tidur mati...bahasa saintifik dia, dead sleep...hahahaha
tq. haha. yang tu memang famous dah!
tidur adalah sangat misteri.. hehe.. thanks for this info
tak tahu la yg mne satu sbb x penah sedar pon..ahaha
ya betul tu. tidur sangatlah misteri tapi kalau terdetect mana-mana penyakit kat atas tu. jumpalah doktor...
me | is | aku : itu dipanggil tidur mati tu tak sedar apa-apa.
haha
saya selalu tidur bercakap .. hu hu hu .. cume skrg nie dh kerap teramat sgt .. hu hu hu
Post a Comment