Friday, January 7, 2011

Cara terbaru hasilkan Air Sihat

Mungkin sudah ramai tahu pasal air sihat yang menggunakan proses tertentu untuk dihasilkan. Semua tahukan H20=air.. Sains darjah 4 kut? Jadi, Saintis China telah menggunakan kaedah baru untuk mengubah komposisi kimia air(meringankan air).


Dalam air terdapat molukel D2O yang kecil, oksigen, serta dihidrogen monoksida. Fuyo, sembang dah macam Saintis!HAHA. Deuterium, juga diterbit sebagai hidrogen berat(isotop hidrogen yang mengandungi satu proton dan satu neutron). Jadi, air yang mengandungi D2O yang banyak dipanggil AIR BERAT. Kita tidak dapat melihat warna D2O dalam air dengan mudah.
D2O berbahaya kepada tumbuhan dan haiwan.


Jadi, dari pendapat aku, saintis ini cuba untuk mengeluarkan unsur D2 pada sebatian air. Apabila hanya tinggal 'O' ataupun 'AIR RINGAN' yang boleh meningkatkan sistem imun badan dan meningkatkan kesihatan pada tumbuhan serta haiwan. Dalam satu kajian pada tahun 2003 ,fotosintesis tanaman meningkat dengan penggunaan AIR RINGAN.
Sebuah kajian yang melibatkan tikus membesar dengan cepat dengan sinaran ion, ini menunjukkan perbezaan dramatik dalam kelangsungan hidup antara tikus yang minum air ringan dan tikus yang minum air biasa.
Memandangkan kesan positifnya, mungkin Malaysia juga perlu membekalkan air ringan kepada orang awam. Akan tetapi kaedah untuk menghasilkannya agak susah iaitu merangkumi elektrolisis, penyulingan, kaedah pertukaran suhu tinggi yang menggunakan hidrogen sulfida dan desalinasi dari air laut(kaedah Saintis China).

Mengikut pengarang FengHuang dan Changgong Meng dari Jabatan Kimia di Dalian University of Technology Of China. Kaedah ini sangat mahal, tidak cekap atau mencemarkan alam sekitar.

Kaedah yang mungkin digunakan waktu sekarang adalah melibatkan mangkin platinum, yang cepat menghilangkan deuterium dari air dengan menggunakan suhu sejuk dan panas, menurut American Chemical Society.Hasilnya kandungan deuterium dalam air adalah lebih kurang 125 ppm. Air biasa mengandungi 150ppm kandungan deuterium.
Tammat!!





8 comments:

adwafarahin said...

rumit jugak

haihh..

areripe said...

habaq kat saintis china ni gali perigi ar nk air ringan! haha!

husna said...

wahhhh, nice info .hee

areripe said...

trimas! kalau ada salah kat post radio-rare bagitaw ya!

Luqman Zakaria said...

byk info jugak ek!

efa said...

nice info :)

areripe said...

thanks efa!

areripe said...

thanks arep!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...