Thursday, January 20, 2011

Apa salah Nasi Ganja?

Kalau korang pernah duduk Perlis ataupun Perak, nasi ni sangat sinonim dengan korang kan? Kena sekali terbaring terus! Memang tak dinafikan memang sedap walaupun lauk dia 'simple' sangat. Tapi, aku bukan nak cerita sejarah nasi ni tapi ke 'arrogant' nya sebuah kedai air nyok(kelapa) muda tepi jalan.


Biasalah, kedai nasi ganja aku dok beli selalu ni dia takda tempat duduk, so 'cash n carry' la. Bulu(kawan) telah memberi cadangan yang munasabah dan berisiko untuk makan dekat kedai air nyok berdekatan. Sampai saja dekat kedai kami rileks la buka bungkusan nasi ganja tadi. Aiyoh, aku tak kesah hang lawa ka tak tapi kalau mai amek 'order' muka dah macam tenuk memanglah aku terasa macam nak kena halau.

Bulu kata rileks!HAHA. Order la 4 ayaq nyok gelas(besar kut). Pastu Bulu request air kosong dua gelas. Itu minah kata 'OK!'. 15 saat lepas tu dia U-turn cakap air kosong takdak. DAM!! Kami nak  basuh tangan pakai apa! Faka dan Bulu pun pergilah mencari kedai untuk beli drinking water. Aku dan Fifi pun tunggu la, dalam dok tunggu Fifi order lagi satu ayaq(air) nyok. Muka minah tu dah macam kunyah Panadol satu papan. Oi! orang order la bukan mintak 'free' la. Selesailah kami makan nasi ganja. Semua bungkusan kami pack masuk dalam satu beg plastik siap aku bawa balik lagi. Tak tinggal satu sampah pun!

Mungkin ada antara korang akan kata, yang hang gatai makan kat kedai lain buat apa, memang aku salah, tapi bukan dok 'free'. Bayar DER~! Tapi kat sini aku nak menyentuh sentimen masyarakat kita yang pentingkan diri sendiri dan tak boleh melihat kejayaan orang lain. Tahu la kau Famous Last Word tapi janganlah sampai tak bagi air kosong untuk kami basuh tangan disebabkan beli makanan dekat kedai lain.

15 comments:

aleen aiden said...

hahah.penah dengar name nasik ganja,tapi xpnah tengok rope die.ni baru dpt tengok.hee

ehem2!sape yg kate ganas tadi?pnah kene kekah?hahah :P

areripe said...

haha, kena kekah tak pernah,
pergi kekah selalu!
haha!

Kiki Syakila said...

Sampai macam tu sekali. Bukannya datang tumpang makan je, at least dah order air tu kira cukup bagus dah kan? -_____-"

areripe said...

taktau la killer oi, nak buat cmna.
orang dah takmau kan kita.
haha!

arep_lockermonth said...

ntah! macam tade manner~

yatie's EPISODE said...

kite byr, bknnye tak byr kan. huh! (;

P A U L I N E said...

nampak sedap jer.. XD

Lelaki Ini said...

adeyh2~!
sabaq ja la naaa...

areripe said...

yati: dah rasa macam kami ni kacau perniagaan ni kut..adoi

pauline: memang! kena sekali esok nak lagi!

areripe said...

lalaki ini: sabar itu separuh dari iman..

Amiey White said...

wah...nak3....

farhanaDr said...

Dok Ipoh ni 4 taun, memang tiap kali makan nasi ganja terbaring terus laa mau beberapa jam jugak.. Haha.. :p

Kata kat dia.. Lain kali letak papan tanda macam kepsi ke mcd buat, makanan luar tak dibenarkan.. Keh keh keh..

areripe said...

amiey: nanti tak bangun dah kut amiey..hehe!

farhana: betul betul betul

Amira Naddia said...

agak2 lau mkn nasik dgn ganja leh jd kurus x?

Aisya J said...

wahaha terbaikkk punya minah. miahaha :)
tak pernah rasa la nasi ganja. ni first time tgk hehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...