Friday, January 28, 2011

Oh Speed Trap!

Seminggu tak tulis post sebab pack bagai minggu ni. Ass-Sign-Ment disusuli Test dan Quiz menyebabkan aku menjadi agak tergoncang dek 3 benda alah ini. Jadi terpaksalah aku membiarkan blog aku lesu tanpa post. Hari ni aku nak 'story' pasal speed trap yang menelan duit orang ramai. Aku pun adalah mangsa speed trap. Kalau speed trap ni tak menyaman bapak aku sampai RM3000, mesti dah ada TV LED gantung kat rumah aku.HAHA. Nak main PS3 pun puas!

Aku sebenarnya ada pendapat bagaimana nak kurangkan kadar pengguna yang melepasi had laju ni. Memang sistem terbaru ini agak berkesan iaitu bayar saman awal 2 minggu dapat diskaun 50% dan awal sebulan 25%. Tapi, bagi aku diskaun tak diskaun seriously memang makan duit rakyat la. Sekarang kereta yang dijual semua laju-laju. Proton Savvy aku yang cabok tu pun boleh pergi 170km/h. Tu tak amek contoh-contoh kereta yang bersisi tinggi lagi. 110km/h tu alahai! Honda Wave 100 punya limit boleh la.HAHA

Patutnya had laju highway PLUS tu kena naik sikit la sebab sekarang ni bukan kereta yang banyak kemalangan tapi bas yang kerap bagai! Memang susahlah kereta-kereta moden sekarang nak dikawal pada kelajuan 110km/h. Pikiaq punya pikiaq aku terpikiaq satu idea yang mungkin korang setuju dan tak setuju.

Aku mencadangkan kerajaan menggunakan sistem deposit(aku pun tak tau nak panggil sistem ni apa) yang aku maksudkan contohnya, jika aku kena saman RM1000 tahun ini dan aku perlu membayar RM1000 itu sebab nanti Road Tax tak boleh buat. And then, Polis memberi masa selama setahun untuk aku bagi mendapatkan kembali duit itu. Maknanya dalam setahun selepas aku bayar saman tu jika aku tak buat sebarang kesalahan jalan raya duit itu dipulangkan mengikut kadar yang ditetapkan. Contohnya, tahun pertama dapat 50% dan seterusnya. Barulah nampak KERAJAAN TAK MAKAN DUIT RAKYAT.
Sebenarnya cara ini pun boleh meningkat kesedaran masyarakat jugak.

Jadi aku berharaplah idea aku yang mungkin tak berapa bernas ini terpikir di pala hotak ahli-ahli politik. Sentuh ahli-ahli politik ni, awat kalau depa ada kerja boleh bawa laju, kalau pekerja kerajaan bawa laju semasa menjalankan tugas kena saman juga. Cuba renungkan.

Akhir kata dari aku, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

22 comments:

cikbunge said...

weyh ! ! stuju !! haha..

ass-sign-ment ~ mmg melambak lahh..lagy2 migu dpan da cuti,,adehs !

speed trap ~ adoyai !!

Izamir Ridzwan said...

hahah speed motor n kereta tak sama walaupon meter menunjukkan nombor yg sama

Aleen Aiden said...

owh,xtau plak bley maen diskaun2 skang nih.

ass-saimen?nice dow!hu3 :P

Admin said...

adehhhhh 2 saman speedtrap belum ku jelaskan lagi...

zaman 1999 lagi huhuhu

Raden said...

tp lau camni lg byk kes saman kot..sbb org xdulik ape kot, last2 dapat lek duit tuh. lau duit da burn br la org nyesal n xwat lg (at least xsngaje wat lg)

A.I said...

bawak slow2 lagik boleh eksiden aperr! menyusahkan org, tmbh kalo pakai manual... kjp2 kena tukar gear if ada bawak slow.. heh!

okk dah idea ko, tapi mcm payah la pulak kan nak pulang2 duit... but it nice!

idea aku pulak, jgn saman org bawak laju kalo dia tak bahaya kan pengguna lain. cth laju but still bg singnal, laju but still di lorong yang betol........... kan?

haa kaww kan dah panjang mengurai! wakaka.

Syed Hilmi Syed Yahya said...

sbut je pasal speed trap,pasti teringt kt game "need for speed",,,hehe

areripe said...

aisha, aku setuju dgn hang tapi mungkin amira mu ni tak paham apa cek tulis ka...bkan dapat balik free-free!
dia kena driving selama setahun tanpa kesalah trafik. dia tak amik peduli duit tu tak dapat balik la..

bagi yang masih belum bayar saman, pergilah bayar selagi ada diskaun sebab no pay summons no new road tax.hehe!

Fasihah Supian said...

setakat ni rekod masih baik lagi..hehee membalas jejak!

lunaticg said...

Salam.
Hahahahahahaha.... dah bagi deposit, ingat senang ke nak dapat balik? Saman bukannya servis yang perlu kita bagi deposit.

areripe said...

lunaticg, sebenarnya aku pun tak tahu nak difinasikan cadangan aku tu. Ia umpama hang masuk pusat pemulihan dan bila kelakuan semakin baik dan tempoh hang berada di pusat itu semakin berkurang.

Hishyamuddin said...

wah, hbt gk idea ko tu..leh jdik wkil rkyt..btol la, skrng lau 110kmj tu slow sgt lgi..

Liza @ Adzriel AB said...

takut tak boleh nak claim balik le sebab duit deposit tu depa dah pakai. biasa la kan.. *(^_^)*

CiPoT CeDoT said...

tapi dlm kes aku nih..bwk laju ke..slow ke..memang kena saman..sbb xdek lesen...

wakakakakakkka...
lawak lawak...
hahhahahhahaha....
hahahhaha..
haha...
hummm~

Unknown said...

idea yg bernas.. leh lantik jd wakil rakyat nih....nak pangkah kat mane ni Yb?

mie said...

gue xpenah kena saman speed trap..
ahahhaaaaa

iza said...

Salam..
Bagus cadangan ko tu.apa kata ko usulkan pada wakil rakyat ke, wakil bahagian ke utk dibawa ke peringkat atasan.

amry said...

setuju gak tu bro.sebenarnya aku tak nampak cara nak sedarkan pengguna ni jalan raya macam aku ni dengan hanya kenakan saman. terutama yang kaya raya tahap balai raya tu. malas nak komen panjang. kang lain jadinya. hahahahahahahaha...paham2 jer lerr

CeritaSekupang said...

cadangan yang baik bro...



Petrol Mana Lebih Baik

mimi said...

cadangan dah bagus., tggu mase dsuarakan aje. ^.^

AIMAN said...

setakat 110 km/h nissan R35 aku gear 2 je.. hehe.. wei, ejas la jadi wakil rakyat. pastu hang mansuh speed trap. haha

hestyrezyuda said...

hahahahaha dik.. tak de nye kerajaan nak buat macam tu.. coz y? saman adalah salah satu sumber pendapatan kerajaan.. like u kena denda masa kat asrama la... dulu zmn akk kami panggil DC = denda cuai..

saman will be income for our state actually...thats y diorang kejar juga pada sape tak bayar saman..and.. kalau u perhatikan..kadar peratusan saman di keluarkan lagi banyak once kerajaan dan kuarkan duit untuk bonus gov servant..itu sangat la ketara orang kena saman ekor ramai..

cara nak kurang kan saman 1 je... kalau kerajaan nak orang bawak bawah 110km/j ... jangan di jual kereta yang cc dia tinggi pada rakyat.. apa guna rakyat beli kereta ber cc tinggi tapi kena bawa below 100.. tak relevant langsung la.. atau set.. auto adjust meter, tekan minyak kuat mana pun.. 110 jerk la dia ley pegi... ha, amacam?? cara ni lagi berkesan kan? sebab kerajaan berkuasa menetukan jenis dan kualiti barang yang di benarkan di jual di negara kita..so diorang ley limit kan penjualan kereta kelajuan macam mana yang boleh masuk dalam pasaran malaysia.. tak gitu?

kalau di buat cara ni.. mmg sah2 tak de saman kuar.. kalau saman tak kuar.. makna pendapatan ngara pun kurang... bila pendapatan negara kurang.. kurang lah fasaliti rakyat yang dapat di buatkan..kalau dah kurang fasaliti, rakyat tak ley nak merungut sebab...sumber pendapatan kurang.. kenapa kurang? sebab salah satu jalan sunber pendapatan negara kita dah tutup guna solution tadi.. hahahahaha ..(pandangan peribadi... kalau salah maaf la... jgn saman saya.. ekekeke)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...