Saturday, January 1, 2011

Email Providers mana yang terbaik?



Ini adalah email providers yang percuma untuk pelayar-pelayar internet, tetapi dapatkah hangpa(korang) bezakan yang mana satu provider yang terbaik antara tiga company gergasi ini. Kalau ikut kepala otak aku, aku rasa Gmail ada provider yang terbaik! Loading masuk ke email lebih laju jika dibandingkan dengan Yahoo ataupun MSN.


Kalau hangpa tengok betul-betul, satu iklan pun takdak dekat homepage mail. Kalau nak dibandingkan dengan Yahoo Mail, sini sana iklan diletakan untuk kepentingan company depa(mereka). Hotmail pun lebih kurang Yahoo Mail jugak. Tetapi Yahoo telah menyediakan Yahoo Messenger(YM) yang memang ramai antara kita pakai aplikasi ni. Jadi, email Yahoo harus digunakan juga untuk login ke YM. Sama la jugak dengan MSN Messenger.

Tepuk dada tanya selera, bagi aku Gmail ada email provider yang terbaik buat masa kini!

2 comments:

Mohd Hafiz said...

kalau aku semua aku sapu....hehehe...x tahu yg mana satu baik.. masing2 punya kelebihan sendiri..

areripe said...

haha, pakai ja semua. betul tu.
tapi untuk simpan email-email penting aku suggest gmail la.
laju sangat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...