Monday, March 14, 2011

Cerita Hantu Asrama (pt 2)

6. Hantu nenek kebayan
Hantu kepada sesapa yang dah pernah dengar citer, dia selalu angkat korang dari tempat tidur. Maknanya, bila korang bangun korang dah ada kat tempat lain. Hantu aku rasa direka-reka oleh senior kepada junior agar junior ni tido awal. Hantu ni dikatakan akan datang bila korang tido lambat. Bila sumer dormate korang dah tido & tinggal ko sorang je yang tak tido lagi. Maka akan terdengar la 1 suara yang berbunyi lebih kurang macam ni. "Katil 1 dah tido.... katil 2 dah tido... katil 3 belom tido lagi... kenapa cu tak tido lagi... cu jangan tipu... nenek tau cu tak tido lagi....", camni la cerita yang pernah aku dengar. Abes je korang dengar suara tu, korang akan dengar bunyi orang berjalan. Makin lama makin dekat ngan korang. Lagi 1, nombor yang nenek tu sebut adalah nombor katil korang sendiri. Kalo korang katil yang ke-100, korang dengar la dia bilang sampai subuh (hehehe..). Bila dah dekat, bunyi orang berjalan tu akan hilang @ berenti. Bila korang bukak mata, korang dah ada kat tempat lain. Tempat yang selalu orang cerita kat aku adalah dekat dalam rimbun pokok buluh kat laman asrama aku ngan dekat tengah-tengah dataran asrama. HEEEEEEEEE~~~~......



7. Toyol
Toyol ni camner boleh ada kat asrama aku pun aku tak tau. Tapi cerita tentang asal usul toyol kat asrama aku yang paling feymes adalah pasal kawan aku sorang ni. Dia ni asal dari Labuan, di-transfer ke sekolah aku. Dia ni kalo bab nak kelentong orang memang no 1. Tapi ada 1 hari tu dia cerita pasal toyol. Dia bagitau macam mana nak nampak toyol kat aku ngan 2 orang kawan aku. Macam besa, memang kami tak caya langsung cerita mamat nih. So, kitorang cabar dia soh buktikan cara dia tu. Caranya ialah ngan mengikat ketam bunga yang masih hidup kat pokok kelapa. Kalo korang nasib baik korang dapat la tengok toyol datang main-main ngan ketam bunga tu. Kitorang yang masa tu baru form 2 pun try la cara dia ni. Masa tu kanak-kanak rebina lagi. Sumer benda nak try. Bila sumer benda dah set, kitorang pun mengendap la dari tingkap dorm. Dorm aku masa tu kat aras 2. View pun memang clear la sebab bertentangan ngan ketam yang kitorang ikat tu. Masa awal-awal tu memang takder apa yang berlaku, lepas setengah jam (kot.. lebih kurang la...) baru la kitorang perasan ada benda berlari-lari kat tepi pokok kelapa tu. Bila aku usyar lama-lama, baru aku perasan ada figure warna hitam dok mengendap ketam bunga tu dari belakang pokok kelapa yang kitorang ikat ketam tu. Lepas tu la bru nampak ngan clear rupa toyol tu. Tinggi ada la dalam 1 kaki, warna dia hijau + hitam sikit, kepala besar, kaki ngan tangan kecik & pendek, botak. Lepas tu seronok tengok toyol tu main ngan ketam bunga tu dalam 10 minit camtu, toyol tu teros hilang. Lepas pada kejadian tu la banyak kejadian curi berlaku kat asrama aku. Lepas tu jugak la aku dengar kawan aku cerita yang dia ada nampak kelibat budak macam baby berdiri kat sebelah katil dia. Budak tu pandang locker senior aku. Esok tu pulak jadi la kes barang hilang kat dalam locker senior aku ni. Memang misteri sikit la sebab barang hilang tapi locker takder kesan kena forced open. Padlock pun takder orang usik, kunci pun ada kat senior aku. Barang yang hilang masa tu duwet RM300 ngan IC. IC tu jumpa balik lepas tu tapi dah hancur la. Jumpa kat dalam kasut senior aku tu sendiri. Dia pun pelik cmna boleh ada kat dalam kasut dia pulak. Bila dah lama sikit, kejadian barang hilang ni dah senyap teros. Masa aku ngan kawan aku pakat-pakat tuduh kawan aku yang Labuan ni punya pasal. Kesian pulak aku tengok dia kena bambu kaw2. Haha..

8. Hantu pak guard
Hantu ni memang ramai yang dah kena. Selalunya tempat yang kena tu kalo tak dekat bilik study mesti dekat dalam dorm. Lokasi tu memang takkan lari la. Aku pun pernah kena sekali. Sampai sekarang aku ingat lagi. Ada 1 malam tu aku tengah buat homework kat bilik study. Masa tu memang dah lewat sebab esok cuti la katakan. Aku duduk kat meja yang berada kat tepi tingkap. Kena angin malam memang syiok lah!! Huhuhu.. Tiba-tiba aku dengar bunyi motor kat belakang aku. Pak guard sekolah aku rupanya.

"hang tak tido lagi ka??... dah lambat nih.."
"nak perabih keja ni sat.. satgi saya tidoq"
"aku bukan apa, tadi aku nampak ada orang lalu kat sini tu yang aku mai check nih"
"aik.. saya tak perasan pun. dok dari tadi g. tak dengaq apa2"
"takpa la.. satg hang abeh buat keja ang teruih p tidoq"

Abeh ja aku cakap ngan pak guard tu aku sambung buat keja balik. Masa nak abeh buat keja tu baru aku perasan yang pak guard tadi ada kat luar tingkap!!!! tingkap tu kat belakang aku!!! belakang aku tu takder tempat untuk berjalan!!! pak guard tadi pulak datang dengan motor!!! bilik study pulak kat aras 2!!!!!

9. Hantu vending machine
Hantu ni tak seram sangat kalo yang biasa jumpa. Hantu ni datang dalam bentuk budak-budak dan selalunya akan duduk mencangkung kat atas vending machine. Kadang-kadang dia berdiri kat sebelah mesin tu. Masa korang nak beli air tu korang berdiri kan?? Masa nak amek air tu komfem korang duduk @ tunduk ke bawah. (Hang toksah tipu la hang berdiri masa nak amek ayaq tin kat dalam slot tu). Bila korang bangun jer, mesti korang angkat kepala sampai ke atas. Bila korang angkat kepala atas sangat, kalo naseb baik boleh la nampak kelibat budak-budak ni kat atas mesin tu. Aku bagitau budak-budak sebab selalunya ada 3 budak duduk mencangkung kat atas vending machine tu. Vending machine ni pulak memang aksesori wajib untuk asrama. So, yang mana nak beli air tin tengah malam tu jaga-jaga la.. Kalo dah biasa jumpa tu memang takder hal lah.

10. Hantu spirit of the coin
Sapa yang pernah main spirit?? Game ni lebih kurang macam ni la.. Korang seru spirit untuk korek rahsia orang. Nak seru spirit ni pulak ada syarat yang korang kena ingat. Spirit yang diseru ni mesti mati sebab dibunuh, mayat tak diurus ngan sempurna. Korang kena ikut syarat ni sebab kalo mayat tu dibunuh & mayat tak diurus, roh orang mati tu aku merayau-rayau kat atas bumi. Itu la serba sedikit.. Tak mau cerita detail sangat macam cerita toyol kat atas. Takut nanti ada yang cuba pulak. Sebab aku cuma tau cara-cara nak seru spirit ni, cara nak halau dia aku tak tau. Spirit ni pulak best sebab dia boleh bagitau sumer rahsia yang korang nak tau. Pasal balak @ awek korang, sumer spirit ni tau. Ye la, dah spirit ni merayau lama sangat kat atas bumi, korang pun tak sedar yang spirit ni pernah lalu kat sebelah korang masa korang mengumpat pasal kawan-kawan korang (kalo ikut kan macam tu la ceritanya..). Masa kat sekolah aku dulu, kecoh ada orang main spirit ni. Purpose diorang seru spirit tu memang aku tak tau sangat. Kalo korang tak reti nak halau spirit ni, korang terpaksa la terima after effect game ni. After effect ni bertahan selama 2 minggu je kat asrama aku, lepas tu teros senyap. Kena ingat, after effect main spirit ni memang dasyat wa cakap lu. Cermin besar kat luar tandas terpaksa ditutup dengan kain hitam (kat asrama pompuan je). Sebab kalo ada student pompuan yang lemah semangat terpandang cermin besar tu, diorang akan nampak ada benda lain kat belakang diorang. Banyak jugak la kes budak pompuan pengsan masa tengok cermin tu. Sumer pakat nak sikat rambut masing-masing. Cuba korang bayangkan masa nak sikat rambut tu, korang nampak ada benda lain kat belakang korang, rambut panjang sampai ke kaki, muka berdarah, mata tersembul tengah berdiri kat sebelah korang. Apa yang korang rasa?? Masa tu pulak bukannya malam tapi petang!! Bunyi orang tarik rantai besi kat dataran asrama pun dasyat jugak. Memang ngeri la bunyiknya. Aku pun goyang jugak bila dengar bunyik rantai tu. Rasa macam aku sorang je dengar padahal dormate yang lain pun dengar jugak. Tapi takder sapa pun yang berani nak bersuara. Nak study lewat malam pun dah takder. Sumer ikat peraturan gila babeng. Pukul 11 malam sumer teros light off. Nak masok toilet sorang-sorang pun tak berani sebab kalo naseb korang tak baik korang akan dengar suara orang bernafas kuat-kuat (macam lepas berlari) kat dalam toilet tu. Senior aku pulak pernah terserempak dengan pompuan, muka ngan baju berdarah (menitik kat lantai), rahang bawah mulut takder (cam citer ju-on), mata merah menyala... Masa tu senior aku nak turun tangga. Masa tersempak tu dia citer, dia takleh bergerak. Dia nampak benda tu berjalan naik tangga kat depan mata dia sendiri. Dia nak menjerit tapi suara tak keluar. Benda tu berjalan smapi dekat ngan muka senior aku ni. Diorang tenung mata masing-masing, pastu senior aku tak ingat apa-apa. Sebab sedar-sedar dia dah ada kat tengah dorm. Dormate yang lain dah tido. Dia pun naik atas katil teros tido. Masa tu pulak senior aku kena tindih ngan piat-piat. Mak cik cleaner asrama aku pun selalu dengar ada benda berlari-lari kat asrama. Bila diorang check, takder sesape pun.


p/s: entry ni buat masa pukul 11 mlm sampai pukul 12 pg. seram pulak aku dok sorg2. lagi2 bila teringat balik pasal hantu spirit tu... huhuhuuu

Untuk Part 1 sila klik sini

16 comments:

azizie.com said...

hantu spirit of the coin memang legend. aku pernah jumpe sekali. putih dari bawah hingge ke atas. serammm..

nub said...

hantu dak patah tengkuk main ragbi pon syok. takpun paling cliche antu makcik juai nasik lemak. ahaha

Muhammad Iqbal said...

mmg best cerita2 hantu kat asrama ni, mengerikan..

Lau Tze said...

best plak cite hantu ko haha.. Aku takda lgi pengalaman jumpa hantu setakat ni haha

Anonymous said...

best larr tetibe teringat plak citer drom 13...ngeri wa cakap lu

koepee said...

azizi: hantu spirit ni da jarang dgr citer.. xtau la kot2 dh jd urban legend..

nub: antu budak main ragbi tu aku pnah dgr citer je.. xpnah jumpa lg.
tp antu makcik jual nasik lemak tu, smpai aku msok u pn ada lg..

iqbal: aku ada rahsia psal perjanjian 5 tahun skolah aku.. ni perjanjian antara hantu2 ni ngan manusia.. sbb skolah aku ni dibina kt atas tnah makhluk halus nih, so ustaz2 dlu citer diorg bt perjanjian 5 tahun untuk xmau bg hantu2 ni bt kacau kt skolah aku.. setiap 5 tahun antu2 ni akan dtg melawat 'kampung' diorg.. sbb tu skolah aku ni byk sket gangguan masa tahun 2006 (msa ni aku form 5)..

lau: hehe.. ko kurang 1 nikmat dunia daa..

Zulfikar Hazri said...

huuuhhuuuuuuu... seram2...nak nak hantu spirit.. tapi mata aku naik kelabu baca takde perenggan.. hehehe

maidaribendang said...

yang paling best hantu pak guard..dia naik moto apa? LC ka?hehhehe

missSenget said...

byk giler hantu kt sekolah ko??

hehehe...so far aku xpenah jumpe atau alami lagi bnda2 cmni..

hrp2 xkan berlaku laa..mgkin sbb aku xkuat.. err..

zazaw said...

aku baca citer kau mlm2 ni
aku lak yang jadi seraaamm

madammondoq said...

salam..

nice blog..
Jom ke blog saya!! Nuffnang bagi tiket free!!!

TQ

Abuya Hayat said...

Yang kisah hantu kat link nier tak seram, bohong adalah...
Hangit | Fenomena Usop Wilcha Menular ke Luar Negara

Shamsuddin Amin said...

hantu coin tu
mmg pemes d mane2... hehe

alyajane said...

bergoyang ler jantung membaca bila ditgh pagi2 bute camnie huhu mate ngantok jdi segar balik hahahah waaaaaaaaa takut knye nak msuk bilik hahahahaha nyesal x on9 kat bilik hahhaha btw nice

Naddia said...

xnk la cite sal hantu weh...

efa said...

seram eh nasib tak mlm huahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...