Tuesday, February 15, 2011

KeluangMan 3D apa cerita?


Dia bagaikan seorang pahlawan, menjadi pembela...blablabla. HAHA, dah tak ingat lirik macam mana, tapi bagi peminat cerita keluangman korang mesti ingat irama lagu ni kan. Dah lebih sepuluh tahun kita tidak dengar berita pasal Keluangman. Aku teringat nak tulis post ni pun sebab tadi aku tengok Trailer Spiderman 4. Korang tahu tak sebenarnya Keluangman akan dikeluarkan dalam bentuk animasi 3D mungkin pada bulan June 2011.


Kalau diikutkan, Aspati Multimedia diberi tanggungjawab untuk meneruskan legasi Keluangman dalam bentuk 3D dan memulakan projek ini pada awal tahun ini. Yang lebih rarenya animasi ini dibuat sendiri oleh anak Malaysia yang baru habis belajar! Keluangman 3D ataupun Keluangman II ini akan disiarkan dalam 52 episod pada tahun 2011. Memang aku tak sabar menunggu kedatangan Keluangman II sebab Keluangman ni adalah superhero pertama Malaysia! Lepas tu baru wujud Cicakman. RARE kut! HAHA! Aku berharap Keluangman mempunyai kualiti 3D seperti Upin dan Ipin ataupun lebih baik kerana aku rasa Keluangman boleh pergi jauh dan setanding dengan superhero luar yang taklah hebat mana pun.HEHE!

Ura-ura model  Keluangman II 
5 perkara aku suka Keluangman
  • Keluangman tak pakai 'underware' dekat luar, memang ikut budaya Malaysia.
  • Kalau dia beraksi dengan Tiongman memang 'hillarious' la! Ditambah dengan Inspektor Sahab!
  • Loghat Keluagman macam-macam. Sat Kedah, sat Perak.HAHA
  • U.S ada Batman Malaysia ada Keluangman, so what's the different ? Dan Keluangman low profile tak berlagak hensem macam Batman! HAHA!
  • Keluangman dipilih menjadi maskot dan rakan promosi Tahun Kelawar 2011-2012 di negara ini. Harumkan nama negara!
Informasi dari Wikipedia;
Seorang pemuda bernama Burhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

12 comments:

angahpikah said...

Gua memang minat sungguh dengan beliau.. Tiungman sangat gila..

Gua ada lagu cerita ni. Untuk nyanyi di kala busan..

Lau Tze said...

kehkehkeh cerita yang selalu tengok masa kecik2 dulu.. tapi skarang dah lama tak dgr.. mintak2 3d cantik can upin dan ipin

Nordin said...

Ni katun faveret aku ni! Sampai sekarang aku masih ingat cerita dia.. Aargh x sabar nunggu Keluangman keluar di tv.. grr

Hafriz Mohamad said...

haha... bez3! x sabar nk tggu kmunculannya..

klau kt Hosp Bhgia Tnjung Rmbutan.. cter bnar: ada sorg mamat tu ngaku sbg Ninja Turtle..dia ckp member2 dia smua ada kluar. Dia sorg je tinggal kt dlm sbb kne tangkap....hahaha..

lawak kn? tp tu kprcayaan dorg.. nk bt cmne..hihi

koepee said...

pikah: send kt aku pa lgu tu?? hahahaa..

Amira Naddia said...

aku suke lagu die weh! siyes!

igt lg kluang man nie suke tolak tin..haha

aRaN said...

cool :)

yuNKaer said...

the best la

nurul_diya m. nor al-haj said...

waa..kat0n paberet nie..=)

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Maulidur Rasul..
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhh ni time aku kecik2 suka tengokkkk .......tapi dah tak ade ditayangkan sekarang ni..... sayang betol la

Taufiq Tiramisu said...

masa kecik2 dlu memang cter ni laa fevret aku.. x sabar nk tgk 3d punye

Jαnnαhツ said...

wah, kenangan zaman kecik-kecik. haha, comel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...