Saturday, February 12, 2011

Camera yang RARE!


Bila aku terfikir balik sebab apa aku letak title blog ni Radio Rare aku rasa seperti nak letak semua benda RARE ja dekat blog ni. Dalam dok mencari benda-benda yang pelik,susah didapati dan unik aku telah bertanya pada member aku benda apa yang RARE dan diidamkan dalah hidup. So member aku sorang ni telah bagi tau Limited DSLR.

Bagi penggemar DSLR, korang mungkin sinonim dengan Nikon,Canon,Sony,Olympus dan Pentax(dan macam-macam lagi). Tapi mungkin korang dah boleh bayangkan warna Body camera korang yang hitam bercorak ala-ala batu ataupun hitam sebam kan? Pernahkan korang terfikir kalau camera korang boleh tukar-tukar 'housing' atau warna-warni dan 'custom made'. Bila aku search dekat Google Limited DSLR,  Pentax K-r DSLR gets limited edition Bonnie Pink model telah menarik perhatian aku.


Pentax baru saja mengumumkan DSLR edisi terhad terbaru yang mengambil nama penyanyi Jepun, Bonnie Pink. Dan ianya hanya dijual pada Hari Valentine, dan terhad kepada 100 unit sahaja. Korang boleh menempah kamera ini daripada online shop oleh Pantex dari 14 Februari sehingga 28 Februari 2011. Model terhad ini akan disertakan dengan lens Pentax 18-55mm F3.5-5.6 AL yang memaparkan logo Bonnie Pink pada monitor LCD ketika On. Rare tak? hehe! Tapi kalau korang nak RARE lagi korang cuba masuk Google Translator dan cuba terjemahkan Pantex ke bahasa Melayu. Korang akan mendapat jawapan Canon. Kenapa ya? Aku tak tahu. Pantex ni brand under Canon ka?

Dan camera yang aku RARE adalah Widelux FVI Panorama camera sebab camera ni boleh ambil gambar panorama yang memanjang. The Widelux adalah 'fully mechanical swing-lens panoramic camera' yang pertama dibuat di Jepun pada tahun 1948, dengan kedua-dua 35mm (di F6, F7 dan F8 model) dan medium-format (1500) model yang ada.(wikipedia). Kalau korang sedar handphone korang pun ada mode ni, tapi mungkin taklah sehebat camera ni.

Korang boleh tengok antara contoh-contoh gambar yang diambil oleh photographer kat bawah ni;


aku tengok gambar ni macam Free Manson pun ada.(just for reference la)

Korang boleh dapat tengok gambar dari camera ni dengan search images dekat google degan keyword 'The Widelux' Gambar-gambar kat atas pun aku ambil dekat Google. Dan harga kamera ni aku tengok kat ebay 1200 dollars!! Mana nak mampu!haha! Dan korang boleh emailkan kat aku benda yang korang rasa rare. Cadangan amatlah dihargai!

8 comments:

XIX Dragunov said...

hahaha~ kamera bonnie pink tu kalau wa nak pun sebab bonnie pink nyanyi lagu tema anime Samurai X

Si-D said...

pe lg..hulur-hulur r cni..hehe..ak ad pn jenis nikon jer

megat isa said...

i tada kamera pun.

husnaradzi said...

macam lomo punya camera .
sgt rare ! suka gila .hehex

nurulnadiaroslan said...

Pantex ka Pentax arep oi? kompius aku. haha.

camera pentax yang berwarna-warni tu sebenarnya kaler putih ja..
aku ada..

amry said...

gambar 3 terakhir di bawah tu aku betul2 suker arrr....

koepee said...

rare!!

Short Handwriter said...

sangat rare!!!! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...