Thursday, January 20, 2011

Orang Asli Punya Cerita


Sapa kat sini yang pernah buat aktiviti kat dalam hutan?? Tak kisah la camping ke, jungle tracking ke, apa-apa ke, janji tak buat aktiviti 18sx dah la (hehehehehe...). Pernah tak korang jumpa dengan orang asli atau original man yang popular tu??(FYI bukan original man tapi aboriginal man). Rugi kot kalau tak pernah jumpa dengan orang asli ni. Banyak yang korang boleh belajar dari diorang. Kalo korang tak pernah jumpa pun ok, takde sapa yang nak marah korang pun.

Aku pun tak pernah jumpa diorang secara live kat dalam hutan. Cuma masa aku kerja kat Cameron Highlands dulu, pernah la aku pergi melawat kampung orang asli kat sana. Sebab apa aku melawat kampung diorang?? Sebab majoriti pekerja aku kat Cameron Highlands terdiri daripada orang asli, orang asli puak Semai. Kadang-kadang kena la melawat tempat diorang. Kampung diorang takde la terok sangat macam yang korang bayangkan. Rumah pun dah tak pakai buluh @ rotan, semua dah pakai rumah batu. Air, elektrik, astro, komputer, pendek kata suma ada la. Yang paling best, setiap rumah ada solar panel. Kiranya diorang boleh guna tenaga alternatif kalau nak jimat. Ok la, tu ja la serba sedikit tentang orang asli. Aku pun bukan nak cerita pasal orang asli kat tempat kerja aku tu. Aku nak menceritakan tentang pengalaman 2 orang sahabat baik yang terserempak dengan orang asli kat dalam hutan. Hutan mana?? Biarlah rahsia der...


Nak dijadikan 1 cerita, 2 orang sahabat baik, Zaki dan Mail, masuk la ke dalam hutan untuk mencari rotan hutan. Ye la, takkan nak cari rotan hutan kat supermarket kot?? Mesti la kat dalam hutan. Cari punya cari, 2 orang kawan baik ni tak sedar yang mereka dah sesat jauh ke dalam hutan. So, apa diorang nak buat??

Zaki : Mail, aku rasa kita dah sesat la.

Mail : Kau biar betul. Bukan ke kau dah buat tanda dekat setiap pokok yang kita lalu tadi?

Zaki : Memang la aku ada buat tanda dekat pokok. Tapi sekarang tanda tu semua dah hilang. Aku rasa ni mesti kerja monyet ni.

Mail : Aduh.... Sekarang macam mana?? Kita dah jauh dalam hutan ni.

Tiba-tiba 2 orang kawan baik ni terserempak dengan sekumpulan orang asli. Orang asli ni ganas sikit, stok makan orang punyer lah (bukan orang asli Semai tau). Maka, bertaburan lah 2 orang sahabat ni lari sambil membawa rotan yang dikumpul tadi. Lari sana lari sini, lompat sana lompat sini akhirnya diorang ditangkap. Zaki & Mail pun diusung balik ke kampung orang asli yang ganas ni. Dah sampai kat kampung, terus lah dibawa berjumpa dengan ketua kampung.

Ketua Kampung : Berani korang masuk kawasan kami. Penceroboh macam korang berdua ni akan kami makan. Pengawal, bawa diorang ke dapur. Masak sedap-sedap sikit.

Pengawal : Beres bos. Kamu berdua, bangun!!!

Mail : (ketakutan) T...t..t...ttolong la tok, bbb...bagi la kami peluang. Kami tak sse...ssengaja masuk k..kka...kawasan tok ni.

Zaki : (ketakutan) Beb...bbetul tok. Kami sse..se....sesat sebenarnya.

Pengawal : Macam mana ni tok??

Ketua Kampung : Hmmmmm.... baik lah. Saya bagi kamu 1 peluang. Saya mahu kamu masuk ke hutan dan bawa ke mari 8 biji buah. Apa-apa buah pun boleh tetapi tidak boleh sama antara kamu berdua. Sekiranya kamu gagal, saya akan pastikan kamu dimasak dengan cara yang paling lambat masak.

Zaki : Ba...baiklah tok. Kami setuju.

Ketua Kampung : Untuk mengelakkan kamu berdua melarikan diri, 2 orang pengawal akan mengiringi kamu.

Maka, 2 orang sahabat ni pun dengan diiringi oleh 2 orang pengawal, pergi la masuk ke dalam hutan untuk mencari buah, 8 biji kesemuanya. Zaki dibawa keluar melalui pintu depan kampung manakala Mail dibawa keluar melalui pintu belakang kampung. Setelah 3 jam mencari, akhirnya Mail yang sampai dahulu ke kampung. Zaki, sambil membawa 8 biji buah langsat, terus dibawa berjumpa dengan ketua kampung.

Ketua Kampung : HAHAHAHAHAHA!!!!! Bagus. Sekiranya awak ingin bebas, awak perlu memasukkan buah langsat yang awak bawa ni ke dalam punggung awak. Dengan syarat awak tidak boleh menjerit. Sekiranya awak menjerit, awak akan kami makan.

Dengan berat hati, Zaki pun memasukkan buah langsat ke dalam punggungnya. SATU!!!! DUA!!!!! Bersorak gembira la orang-orang kampung melihat gelagat Zaki. TIGA!!!! EMPAT!!!!!! LIMA!!!! Berkerut muka Zaki menahan azab. ENAM!!!! TUJUH!!!!! Masa nak masukkan buah langsat yang ke-8, Zaki terpandang Mail yang baru pulang. Terus Zaki gelak kuat-kuat. BWAHAHAHAHAHAH!!!! Maka, Zaki pun gagal la dalam ujian ni.

Pengawal : Kenapa kamu gelak?? Kamu hampir-hampir nak berjaya dalam ujian ni.

Zaki : Macam mana aku tak gelak?? Masa aku nak masukkan buah yang last tu aku nampak kawan aku balik. Dia bawak buah........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
DURIAN!!!!!!!!!!

7 comments:

Atqhsykla said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. MAcam mana nak masukkan buah durian? Serious lawak! Hahahhaa xD

Luqman Zakaria said...

hhuuh :P semart gak muke durian tuh!

koepee said...

kiki: mau calar jgak la punggung org tu.

arep: meme semat boh.

zazaw said...

naseb baik lah
aku tak jumpa org asli
HAHAHA

ira mohd said...

ngok ngek je ;p

amry said...

hahahaha....waktu zaki tengok mail bawa durian tu, mau terkeluar balik buah langsat yang dah termasuk tu sebab kuat sangat gelak...preeettttt!!!!pret!!!prettt!!!! hahahahhahahahahahahahaha

koepee said...

amry: smbil kuar smbil sedut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...