Thursday, December 30, 2010

Sistem PTPTN yang tak logik?

Post kali ini aku hendak menyentuh sistem yang digunakan oleh PTPTN dalam memilih peminjamnya. Yang sedia maklum Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Mungkin ramai yang faham jika mahu melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS jika permohonan kepada JPA tidak diluluskan, PTPTN menjadi pilihan kedua. Itu adalah fakta yang benar, tetapi ada satu sistem yang digunakan oleh PTPTN yang mungkin bagi aku tidak harus digunakan.

Bila kita membuat permohonan PTPTN, pelbagai maklumat perlu kita(peminjam) masukan sehinggalah gaji ibu-bapa(penjaga). Dari apa yang aku lihat, ramai peminjam yang ragu-ragu untuk meletakkan gaji ibu-bapa yang sebenar kerana ia memberi kesan kepada jumlah pinjaman yang diberi PTPTN. Apa sangkut-paut gaji penjaga dengan jumlah pinjaman peminjam? Jika anak orang berkemampuan, hanya perlu dapat sidikit pinjaman sahaja? Aku adalah mangsa yang hanya mendapat RM9000 bagi lapan semester. Jadi duit PTPTN aku hanya digunakan untuk membayar yuran sahaja? Setiap bulan Ibu bapa aku perlu memberi wang kepada aku? 

Bukankah jika selepas umur 21 tahun, hak penjagaan ibu bapa telah sempurna kepada anak?(aku tak pasti)
Jadi, perlukan gaji penjaga menjadi penghalang bagi pelajar seperti aku untuk mendapat jumlah pinjaman penuh RM35000? 
Mengikut pendapat aku, pinjaman harus diberi sama rata, terpulanglah kepada pelajar untuk menggunakannya. Tambahan lagi, pinjaman itu akan dibayar oleh peminjam dan penjaga hanya menjadi penjamin. Adakah peratusan penjamin yang membayar lebih banyak dari peminjam? Kalau macam ini 'trend' di Malaysia, tak payahlah peminjam mengisi pelbagai maklumat, biarkan saja penjamin mengisi semua maklumat.

Jadi, haruslah PTPTN sedar akan sistem ini sebenarnya menyusahkan pelajar dan penjaga. Mungkin masalah ini tidak meruncing lagi, tetapi apakah lebih baik mencegah dari merawat. 

p/s : kalau ada salah silap tolong bagitaw....

3 comments:

Anonymous said...

hg kaya dh...
xpa la..

Anonymous said...

Klu hang dapat full pon hang beli guitar jar...wat pa nk bg..

areripe said...

huh! aku beli gitar pakai duit practical la oi!
haha!
kalau hg bukan anonymous sila tonjolkan diri!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...