Thursday, December 30, 2010

Face To Face dengan Buaya




Pernahkah anda terbayang untuk berdepan dengan haiwan ganas ini?
Kini kita boleh mengalami sendiri pengalaman bersama buaya di Crocosaurus Cove yang baru dibuka di taman tema Darwin, Australia.
Menjadi tarikan kepada pelancong, “Cage Of Death”, membenarkan pengunjung untuk berdepan dengan dengan seekor buaya yang dihalangi oleh satu tangki akrilik setebal 4cm yang memisahkan pengunjung dengan “Choppa,” seekor buaya tembaga yang patah dua batang gigi depan kerana bergaduh dengan buaya lain.



Pengunjung akan ditenggelamkan bersama tangki itu untuk 15 minit manakala Choppa akan mencuba sedaya-upaya membaham pengunjung yang berada dalam tangki yang diawasi itu tadi.

Ini menjadi satu daya tarikan kepada pengunjung tetapi telah tercetus kritikan dari aktivis hak binatang yang melihat ia sebagai satu cara kejam menghina buaya dan menggangu habitatnya.



.

2 comments:

amry said...

gila...risau aku tengok buaya tu...nala punya besar...sekai dia libas, wassalam la..hehe

areripe said...

manusia la memang suka cari penyakit, tambah2 mat salleh, serupa xdak punca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...