Dari apa yang aku pelajari botol mineral ni bukanlah untuk digunakan semula(isi semula) kerana bahan kimia yang digunakan untuk membentuk botol ini boleh meresap lalu terlarut dalam air dalam tempoh masa tertentu dan jika ia dalam keadaan panas. Aku selalu tengok kawan-kawan dan keluarga aku letak botol air dalam kereta. Tindakbalas panas dalam kereta boleh membawa kepada peresapan bahan kimia tadi. Jadi jika ada botol air dalam kereta tolonglah jangan minum!
Benzena, satu bahan kimia yang terdapat dalam rokok dan bahan api , serta dalam botol pembuatan plastik. Didapati dalam kuantiti sangat kecil dalam udara kita bernafas dan air minuman serta kita terdedah padanya setiap hari. Namun ketika anda meninggalkan botol air plastik anda pada matahari atau haba, ia menghasilkan pengeluaran benzena dan konsekuen larut lesap kimia ke dalam cecair yang kita akan minum.
Jika dipraktikan setiap hari kandungan benzena dalam badan akan menjadi tinggi dan disahkan sebagai karsinogen manusia (menyebabkan kanser ejen) dan telah diketahui menyebabkan anemia, serta banyak simpton-simpton penyakit kepada bayi baru lahir dan anak-anak.
p/s: ibu mengandung minum air perigi la, budak sekolah bawa botol kaca. haha!
1 comment:
1st!
Post a Comment