Setelah aku memilikinya,sedikit sebanyak boleh la aku review sikit kualiti gitar ini.
Harga:
Dalam lingkungan rm1800 mengikut model yang dikeluarkan. Harganya memang berpatutan dengan kualiti yang ada pada gitar ini. PM aku untuk harga yang murah dan sememangnya original, tiruan money back guarantee! Sebab sekarang banyak sangat kedai yang tak betauliah jual Epihone Copy!
Sound:
Dengan menggunakan Humbucker pickup keluaran Epiphone sendiri, bunyinya agak mengkagumkan. Tetapi masih mengekalkan bunyi lemaknya yang tidak terlalu berat. Bagi aku
gitar ini sesuai untuk genre rock dan sewaktu dengannya(yang lebih lembut). Mungkin penggemar Metal akan memilih gitar lain yang mempunyai high ouput pickup yang lebih keras dan garang. tapi bagi aku, Epiphone punya sound tidaklah sehebat Gibson tetapi masih tergolong dalam keluarga bunyi les paul dengan bunyi 'trademark' les paul yang tebal dan berlemak.
Finish:
Dekat bab ni, sirius gila aku nak bagitahu Epiphone telah mengecewakan aku. Dulu kilang Epiphone di Korea, tetapi telah dihentikan dan dibuka di China. Aku nak post gambar pun aku dah jual. Apabila aku tengok gitar Epiphone kawan aku yang MIK aku memang terkilan dengan hasil MIC. Tetapi apakan daya, kebanyakan Epiphone Les Paul dibuat di China. Pertama, terdapat bahagian yang tidak dicat habis pada sambungan body dengan neck, kedua, nampak perbezaan pada cat kerana plus top dia macam dwi warna, jika dibandingkan dengan MIK, ia tampak lebih bernada dan kemas! Dan terakhir knob Tone dengan Volume apabila dipusing ia tidak sekata seperti MIK.
Action:
Aku ingat bila dah tengok finishing agak kurang, ia mempengaruhi 'action' gitar ini. Tapi aku terkejut bila aku hanya perlu 'setup' balik ketinggian tali pada 'Bridge' dan merendahkan 'nut' sedikit untuk menyesuaikan cara aku main.(tali rapat dengan FredBoard). Intonation dan harmoni sangat sempurna dan FretBoard yang licin,rata dan kemas meriangkan kembali hati aku. Taklah sakit sangat bila main bila fret rata.
Bagi aku gitar ini memang sedap dan memuaskan hati bagi penggemar Les Paul yang mahukan harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan Gibson yang jauh lebih mahal dan kualiti yang tampak lebih sedikit-sebanyak berbanding Epiphone. Jika anda seorang pemain gitar 'intermediate' gitar adalah lebih dari yang mahu anda inginkan!
PM me for best price! hehe!
2 comments:
berminat?
aku ade G7 je kat umah skrg.. gitar kene curik.. pelik ak dgn pncuri ni..
Post a Comment