Wednesday, June 29, 2011

Karam Singh Walia perli PKR?

Sapa yang tengok berita TV 3 semalam? Ada nampak muka mamat ni tak? Setelah lama aku tak nampak mamat ni dalam TV semalam dia dah ada, tapi yang aku hairan dulu dia kutuk pencemaran alam sekitar tapi semalam dia 'defend' pembinaan satu kilang nuklear ni Gebeng, Pahang. Selalunya dia tentang habis-habisan pencemaran alam sekitar, mai kali ni defend pulak dah. Projek Barisan Nasional pa!?

Menurut laporan berita New York Times, seramai 2,500 orang pekerja terlibat dalam pembinaan kilang tersebut yang menelan sebanyak AS$230 juta. Dalam masa yang sama proses perundingan dengan penduduk setempat masih berjalan. OK apa? Peluang pekerjaan banyak tu. Dan mengikut kata-kata Karam ni kandungan radio active yang disebabkan kilang tu masih dibawah paras merbahaya dan kandungan udara di serata Malaysia pun lebih kurang ja.

Yang lawak tu si Karam ni pergi periksa kandungan bahan radio active tu dekat bangunan PKR. Dan kandungan menunjukan 0.1 dan lebih kurang dengan kandungan di kawasan kilang yang hendak dibina itu. Dan Karam mengesyorkan kasi runtuh saja bangunan PKR sebab ada kandungan Radio Active tersebut. SOHAI SOHAI SOHAI! HAHA.

Ada juga sumber kata Karam bersubahat ataupun dibayar oleh pihak syarikat ini untuk menipu orang ramai akan bahaya radiasi ini.  Karam lu jangan buat hal lagi, nanti OPTIMUS PRIME datang hambat kau! Fikir balik aduh Politik Malaysia, haruskah sebegini rupa untuk mendapat kekayaan diri sendiri tanpa menghairankan penduduk setempat. Tepuk DADA tanya SELERA.

Radio Rare Coming Back!


Assalamualaikum! Tengok balik last post 14 March, punya lama tak update blog, dah berabuk tahap gaban ni. Memandangkan aku cuti bersalin 4 bulan, cuti semester yang terpanjang dalam sejarah Malaysia, blog yang berabuk ni harap dapat dilap bersih balik. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa ni! Tapi aku rasa tak berpuas hati la dengan Syarikat TV yang sedang mendominasi rangkaian TV Malaysia. Astro dengar kata hendak UP harga Astro sebanyak RM15. Fut the wuck!

Tapi mengikut pihak Astro bukan naik PURE RM15 akan tetapi mengikut pekej yang dilanggan. Apa ni? Takkan harga barang naik satelit MEASAT pun maintenance naik? Mentang-mentang Astro saja syarikat TV berbayar di Malaysia, siok-siok depa ja naik harga.

Orang India pakai syarikat TV berbayar setahun baru RM300 ++ dengan ratusan Channel yang diberikan. Depa tak main bulan-bulan ni. Astro tak sampai 30 channel dah RM88, tu pun nak naik lagi, halllah!!!!
Bukan nak banding tapi tengok la sendiri perbezaan bagai langit dengan bumi la.

Yang tu sajalah topik aku malam ni, otak aku dah gersang nak carik topik menarik. haha! chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...