Wednesday, December 29, 2010

Harimau suka mandi

Kebanyakan binatang tidak suka mandi ataupun basah - sebagai seseorang yang pernah membela kucing, semestinya masih ingat bagaimana kucing itu mengelupur kesejukan. Tetapi berdasarkan gambar-gambar ini, seekor harimau putih telah menghilangkan ‘fear factor’nya. Harimau putih jenis Bengal ini bernama Odin. Berumur enam tahun , dan berasal dari Six Flags Discovery Kingdom Zoo di daerah Vallejo, berhampiran San Francisco. Saiznya yang agak besar kira-kira 10 kaki panjangnya dari hidung ke ekornya serta seekor perenang handalan yang mungkin ingin menjadi perenang!

Odin mempelajari cara berenang apabila ternampak ketulan daging dibuang ke dalam kolam.
Warna harimau ini menyebabkan satu gabungan genetic luar biasa(rare) yang menyebabkan perangainya yang unik. Odin dibesarkan di zoo. Dan selepas dia berhenti minum susu ibu, penjaganya yang berasal dari British, Lee Munro menemui kemahirannya yang luar biasa. Ababila seketul daging dibaung ke dalam kolam, Odin dengan gembira akan terjun dan memakan daging itu di dalam air.


Malah, walaupun harimau umumnya tidak suka pada air, semua jenis harimau didapati munggunakan air untuk memburu malah mandi untuk kepuasannya. Odin kini boleh diperhatikan dalam satu kolam besar dengan cermin kaca telah dibina pada zoo untuk membenarkan pelawat-pelawat menonton dia berenang di dalam air dengan bakatnya yang seperti beruang kutub!

Odin bersama pelatihnya Lee Munro

p/s: kalau jumpa kambing putih try tengok baling rumput dalam sungai dia nak terjun tak?

9 comments:

amry said...

pergh!!konyer review macam ko tuan harimau tu jer.siap ada nama lagi..hehe....garang siot muka harimau ni....

areripe said...

comel la harimau tu.
thanks bro.

zazaw said...

HAHA
takut siottt dgn menatangg ni

hans said...

wah
kalau semua harimau tak takut air macam nih memang bahaya la kalau aku tersesat dkt hutan
hahahaha

P/S : Tolong Vote Saya Sebab Saya Nak Menang Buku Nih! (^_^)Y

areripe said...

tapi dia sayang manusia kut...
tengok dah besaq pun minum susu lagi.
haha!

hans said...

hahahahaha
manja kan

Fyda said...

dalam air ke atas air ke, muke maintain seram :) tapi cute!

areripe said...

harap harimau malaya boleh maintain seram kat indonesia!

Tulus Sweet said...

awat rupa lagu tu rimau tuh..hahahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...