Monday, January 31, 2011

Cara Kawal Belanja 2011


Aku pun tak pandai nak kawal perbelanjaan aku, nikan pulak nak ajar orang.HEHE. Tapi jangan risau sebab teknik aku ni agak menjimatkan jika digunakan dengan betul-betul. Cuma aku akan hilang sedikit kewarasan dalam perbelanjaan bila masuk bab gitar dan komputer. Yang lain jagan risau, 'confirm' jimat! Dan ini adalah teknik aku semasa duit PTPTN sudah habis, kalau masa PTPTN ada lagi, 'lifestyles' aku bukanlah begini!HEHE

Aku adalah pelajar Universiti dan menyertai PBSM (Persatuan Balik Setiap Minggu) yang tegar. Perjalanan aku dari rumah ke U memakan kos sebanyak RM40 pergi balik termasuk TOL. Jadi, duit ini memang aku takkan sentuh dan aku akan simpan dalam peti duit yang ada dalam kereta tu.

So, bagi menjimatkan perbelanjaan aku lagi, aku akan gunakan taktik-taktik di bawah:

  1. Sebelum balik asrama, bantai(telan) nasik sampai perut FULL dan cuba dapatkan stok maggie dan snek-snek mahupun roti secukupnya dari rumah ibu bapa anda.

  2. Makan sehari 3 kali ja paling banyak dan makan tengahari dekat U sebab 'confirm' makanan kat Kafe U murah berbanding kedai luar. Petang makan nasik lemak dua bungkus. Dan malam nasi goreng. Settle!

  3. Sekurang-kurangnya ada 3 botol kosong(botol mineral ataupun botol 1 galen) berada bawah katil bilik korang. Bila dahaga takyah dok gatai nak turun koperasi beli air sedap sebab air mineral yang boleh refill satu liter 20 sen tu lebih kompetitif dan sihat untuk otak korang.

  4. Masih lapar walapun dah makan, masa ni lah stok-stok yang korang sapu di rumah digunakan. 'Housemate' aku siap boleh buat spaghetti kat asrama punya banyak barang dia sapu kat rumah dia. Satu rumah kenyang. Thanks John!

  5. Bosan boleh menyebabkan korang lapar, jika ada lappy, mainlah PES ka Dota ka untuk menghilangkan rasa boring dan bagi yang takdak lappy pergilah bilik member yang ada lappy untuk dicemei(main free). Dan korang boleh buat banyak lagi aktiviti lain seperti dalam post Santapan Pelajar IPT

  6. Bagi lelaki, main futsal berbayar seminggu sekali cukup, sebab U dan sediakan court yang tak berapa lengkap sebab main sebelah 15. Sampai bola pun tak nampak dah. Dan perempuan, aku pun tak tau apa yang korang buat bila keluar asrama.

  7. Hentikanlahh seketika hobby luxury korang seperti main snooker, bowling, makan tokwan(KFC) dan lain-lain yang boleh mengakibatkan ketagihan hendak buat lagi. Maksud aku bukanlah hentikan terus, bila dah ada duit pergilah...

  8. Tapi taktik paw kawan memang bukan amalan dan budaya aku sebab kesianlah member-member korang tu, dia beli pun sebab dia lapar, kalau tak lapar tak kebuloq dia nak beli. Tapi kalau dia kata aku belanja tu takpa lah.
  9. Satu lagi, kalau korang drive kereta ke kelas, cari member bagi full kereta dulu, then baru jalan. Minyak kongsi lah sorang sikit. Taklah si dreba kereta itu kesakitan menanggung kos minyak yang agak memeritkan ni....
Ini adalah taktik aku yang tak berapa best yang aku gunakan semasa duit PTPTN dah habis ataupun belum masuk sebab memang 'effect' perbelanjaan aku di Universiti. Apa pula taktik korang bila dah sengkek? HEHE. Aku pun teringin nak tahu...

Sunday, January 30, 2011

Aku dan Kerajaan Malaysia


Tajuk post aku kali ini mungkin agak ke arah politik dan luahan isi hati aku tentang Kerajaan Malaysia. Mungkin ramai berpendapat kerajaan kita masih tidak sehebat negara-negara besar kat luar sana. Tapi, kita mesti tengok dari pandangan lain. Aku bukanlah seorang ahli politik dan bijak pandai dalam membincangkan hal politik negara tetapi bagi aku cukuplah dengan apa yang kerajaan beri kepada aku setakat ini.

Aku dibesarkan oleh ibu bapa yang memberi khidmat sepenuhnya kepada kerajaan ataupun senang kata kakitangan kerajaan. Mungkin pandangan aku dengan si anak orang kerja swasta akan berbeza sepenuhnya. Tetapi pokoknya, sekolah mana si anak swasta itu belajar? Sekolah Persendirian ka? Ya, ada antara si anak orang kerja swasta ini yang belajar di sekolah persendirian, tapi berapa kerat sangat. Di sini aku taknak memberikan contoh apa kerajaan kita bagi, apa kerajaan luar negara bagi. Tetapi aku ingin menjelaskan tanggapan aku sebagai warga Malaysia yang bersyukur dengan tanggungjawab dan kemudahan yang diberikan Kerajaan Malaysia sehingga kini.

Kalau tak dek duit kerajaan, tak mampulah aku hendak membeli Laptop. Dan tak mampulah aku berblogging dan tak mampulah bapak aku membayar bil Streamyx pakej pelajar yang memberi sebuah netbook percuma dengan harga bil internet yang jauh lebih murah dari pakej biasa. Adakah ini tindakan TM Net? Ataupun tindakan Kerajaan bagi memenuhi wawasan negara yang mahu lahirkan warga cerdik IT? Tepuk dada tanya selera. Aku bukanlah hendak menyokong kerajaan ataupun membidas hentaman sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tetapi ini adalah persepsi aku tentang kerajaan Malaysia.

Ya, benar politik negara dipenuhi dengan korupsi dan rasuah. Tapi apakan daya ini asam garam dunia politik sekarang. Dan harus diingat aku tidak akan membandingkan dengan negara lain. Bukan taknak membandingkan dengan negara lain sebab ingin jadi seperti katak bawah tempurug tetapi biarlah kita memikirkan hal yang lebih penting dari dok seronok nak banding dengan negara luar ja(sampai habis teh tarik dua gelas pun cerita tak habis lagi). Sehingga sekarang aku masih memerlukan khidmat kerajaan dan aku rasa sehingga ke liang lahad pun kerajaan akan tetap memberi bantuan kepada rakyatnya. Contohnya, lu pikirlah sendiri.

Mungkin kadang-kadang kita marah dengan cadangan-cadangan ataupun tindakan kerajaan yang menyusahkan rakyat sendiri pada seketika, tapi aku masih berpegang kepada satu 'quote' yang selalu digunakan oleh seorang pendidik aku iaitu 'no pain, no gain'. Jadi usahlah kita menyalahkan kerajaan atas tindakan yang pelik-pelik ataupun tak logik dan lain-lain. Seharusnya kita memunasabah diri kita dan mencari jalan penyelesaian yang lebih terbaik. Salam...

Lawatan Tun Mahathir pada Anti-Iraq war campaign di Kuala Lumpur

Konspirasi produk pertama Sony

Mesti korang tertanya-tanya apakah produk petama Sony ataupun terlintas di kepala otak korang adalah Walkman, Play Station ataupun TV. Namun semua itu adalah salah dan jauh dari jawapannya. Mungkin persamaan hanya wujud kerana alat itu juga menggunakan elektrik. Sebenarnya bukanlah konspirasi sangat tapi mungkin tidak digembar-gemburkan sebab produk first mereka memang caca merba, senang kata totally disaster. Itu pun terbongkar sebab ada orang dalam pecahkan rahsia sinis mereka.HEHE

Dan kepada sesiapa yang dah tahu jawapannya, sorrylah! Aku pun baru teringat nak cerita sebab aku tahu pun dalam majalah 2 tahun lepas. Memang 'out of date' la post aku kali ini. Berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya Sony telah menghasilkan produk pertama mereka pada 7 May 1946. Produk itu adalah sebuah periuk nasi yang gagal berfungsi dengan baik sebab periuk nasi ni cuma boleh memasak jenis beras dan kadar air yang tertentu. Dan majoritinya apabila menggunakan periuk ni nasi menjadi mentah mahupun hangit!HEHE.
Masura Ibuka
Masura Ibuka adalah seorang co-founder Sony dan memutuskan untuk menghasilkan 'inventor' yang menggunakan tenaga elektrik sebab selepas perang dunia, tenaga ini sangat murah. Kalau ada perang dunia ketiga agak-agak TNB nak turun harga karan tak?haha. Jadi, kesimpulannya jangan ingat syarikat besar seperti Sony tak pernah menghadapi kegagalan! Jadi percayalah diri sendiri dan jadikan kegagalan itu pencetus kejayaan.
Periuk Nasi berjenama Sony, rare tak? HEHE

Kesimpulannya,
The greatest barrier to success is the fear of failure
Sven Goran Eriksson

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...