Wednesday, June 29, 2011

Karam Singh Walia perli PKR?

Sapa yang tengok berita TV 3 semalam? Ada nampak muka mamat ni tak? Setelah lama aku tak nampak mamat ni dalam TV semalam dia dah ada, tapi yang aku hairan dulu dia kutuk pencemaran alam sekitar tapi semalam dia 'defend' pembinaan satu kilang nuklear ni Gebeng, Pahang. Selalunya dia tentang habis-habisan pencemaran alam sekitar, mai kali ni defend pulak dah. Projek Barisan Nasional pa!?

Menurut laporan berita New York Times, seramai 2,500 orang pekerja terlibat dalam pembinaan kilang tersebut yang menelan sebanyak AS$230 juta. Dalam masa yang sama proses perundingan dengan penduduk setempat masih berjalan. OK apa? Peluang pekerjaan banyak tu. Dan mengikut kata-kata Karam ni kandungan radio active yang disebabkan kilang tu masih dibawah paras merbahaya dan kandungan udara di serata Malaysia pun lebih kurang ja.

Yang lawak tu si Karam ni pergi periksa kandungan bahan radio active tu dekat bangunan PKR. Dan kandungan menunjukan 0.1 dan lebih kurang dengan kandungan di kawasan kilang yang hendak dibina itu. Dan Karam mengesyorkan kasi runtuh saja bangunan PKR sebab ada kandungan Radio Active tersebut. SOHAI SOHAI SOHAI! HAHA.

Ada juga sumber kata Karam bersubahat ataupun dibayar oleh pihak syarikat ini untuk menipu orang ramai akan bahaya radiasi ini.  Karam lu jangan buat hal lagi, nanti OPTIMUS PRIME datang hambat kau! Fikir balik aduh Politik Malaysia, haruskah sebegini rupa untuk mendapat kekayaan diri sendiri tanpa menghairankan penduduk setempat. Tepuk DADA tanya SELERA.

Radio Rare Coming Back!


Assalamualaikum! Tengok balik last post 14 March, punya lama tak update blog, dah berabuk tahap gaban ni. Memandangkan aku cuti bersalin 4 bulan, cuti semester yang terpanjang dalam sejarah Malaysia, blog yang berabuk ni harap dapat dilap bersih balik. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa ni! Tapi aku rasa tak berpuas hati la dengan Syarikat TV yang sedang mendominasi rangkaian TV Malaysia. Astro dengar kata hendak UP harga Astro sebanyak RM15. Fut the wuck!

Tapi mengikut pihak Astro bukan naik PURE RM15 akan tetapi mengikut pekej yang dilanggan. Apa ni? Takkan harga barang naik satelit MEASAT pun maintenance naik? Mentang-mentang Astro saja syarikat TV berbayar di Malaysia, siok-siok depa ja naik harga.

Orang India pakai syarikat TV berbayar setahun baru RM300 ++ dengan ratusan Channel yang diberikan. Depa tak main bulan-bulan ni. Astro tak sampai 30 channel dah RM88, tu pun nak naik lagi, halllah!!!!
Bukan nak banding tapi tengok la sendiri perbezaan bagai langit dengan bumi la.

Yang tu sajalah topik aku malam ni, otak aku dah gersang nak carik topik menarik. haha! chow!

Monday, March 14, 2011

Cerita Hantu Asrama (pt 2)

6. Hantu nenek kebayan
Hantu kepada sesapa yang dah pernah dengar citer, dia selalu angkat korang dari tempat tidur. Maknanya, bila korang bangun korang dah ada kat tempat lain. Hantu aku rasa direka-reka oleh senior kepada junior agar junior ni tido awal. Hantu ni dikatakan akan datang bila korang tido lambat. Bila sumer dormate korang dah tido & tinggal ko sorang je yang tak tido lagi. Maka akan terdengar la 1 suara yang berbunyi lebih kurang macam ni. "Katil 1 dah tido.... katil 2 dah tido... katil 3 belom tido lagi... kenapa cu tak tido lagi... cu jangan tipu... nenek tau cu tak tido lagi....", camni la cerita yang pernah aku dengar. Abes je korang dengar suara tu, korang akan dengar bunyi orang berjalan. Makin lama makin dekat ngan korang. Lagi 1, nombor yang nenek tu sebut adalah nombor katil korang sendiri. Kalo korang katil yang ke-100, korang dengar la dia bilang sampai subuh (hehehe..). Bila dah dekat, bunyi orang berjalan tu akan hilang @ berenti. Bila korang bukak mata, korang dah ada kat tempat lain. Tempat yang selalu orang cerita kat aku adalah dekat dalam rimbun pokok buluh kat laman asrama aku ngan dekat tengah-tengah dataran asrama. HEEEEEEEEE~~~~......

Saturday, March 5, 2011

Wikileaks Servers

Siapa yang tak kenal Julian Assange?? Individu yang bertanggungjawab menjadi founder untuk wikileaks. Wikileaks ni kalo yang tak tahu lagi adalah salah satu laman web yang menyiarkan artikel-artikel sulit kerajan di seluruh dunia. Masa mula-mula aku baca cerita pasal wikileaks ni kat newspaper, aku ingat benda ni cuma benda main-main tapi makin lama makin serius pulak jadinya. Ye la, dah banyak artikel dalam wikileaks ni orang percaya. So, untuk mengelakkan keadaan bertambah kecoh, pengasas wikileaks ni pulak kena masok court sebab kesalahan rogol dan serangan seksual. Bagi aku, ni sumer propaganda nak mengorek rahsia dari Julian Assange ni. Kalo nak soal siasat Julian ni sebab kesahihan artikel yang disiarkan, mestilah ramai penyokong wikileaks ni yang akan bangun. Cuba korang bayangkan keadaan Julian nih, mana-mana negara yang dapat hold mamat ni mesti la nak gunakan info yang dia ada untuk korek rahsia negara lain. La ni plak tengah dok rancak perang sana sini, memang hot la Julian ni kejap. Ni cuma anggapan aku je.

Orang yang hebat macam dia ni, korang pernah imagine tak macam mana dia simpan maklumat?? Server dia takkan ada kat dalam ofis biasa-biasa je?? Ofis dia pulak takkan ada kat tepi jalan?? Untuk yang tak tahu lagi, server wikileaks ni sebenarnya dibina di dalam tempat perlindungan nuklear masa Cold War (1947-1991) di Stockholm. Tempat perlindungan ni terlatak 100 kaki di dalam bukit. Kat sini aku ada gambar-gambar yang konon-kononnya adalah gambar server wikileaks kat dalam bukit tu.

Saturday, February 26, 2011

McDonalds


Mim kaf dal wau nun alif lam dal zai.. Memang bunyi McDonalds betoi la. Aku ingatkan depa ni tulih benda ngarut pastu translate benda laen.. bikin gua kalot jer. :)

Non-Gender??


Non-gender children?? Apa kejadahnya ngan non-gender?? Ni kes yang betol-betol RARE!!!

\('0')/!!!

Saturday, February 19, 2011

Cerita Hantu Asrama (pt 1)

Aku dulu sekolah dekat boarding school. So, kalo dah boarding ni korang paham-paham la kan, Banyak citer hantu yang best. Yang kadang-kadang korang tak pernah dengar pun ada. Banyak jugak la situasi yang aku sendiri pernah kena sakat tapi takder la sampai demam seminggu dua. Aku punya semangat pun takder la kuat @ lemah sangat cuma boleh tahan la. Antara hantu-hantu yang wujud kat sekolah aku....

Wednesday, February 16, 2011

Polis Yang RARE!!

Firstly, aku memang tak perasan apa yang tak kena ngan pic ni.. Bila aku tengok pic yang bawah baru la aku perasan. Memang RARE lah polis ni!!!

--> teman rase ler.. abg polis ni lupe nk bawak pestol sebab darurat nih!! kih3

Tuesday, February 15, 2011

KeluangMan 3D apa cerita?


Dia bagaikan seorang pahlawan, menjadi pembela...blablabla. HAHA, dah tak ingat lirik macam mana, tapi bagi peminat cerita keluangman korang mesti ingat irama lagu ni kan. Dah lebih sepuluh tahun kita tidak dengar berita pasal Keluangman. Aku teringat nak tulis post ni pun sebab tadi aku tengok Trailer Spiderman 4. Korang tahu tak sebenarnya Keluangman akan dikeluarkan dalam bentuk animasi 3D mungkin pada bulan June 2011.

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul, perarakan timbul isu?

Sebelum menulis apa-apa, aku dekat sini sangat bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini. Apa yang aku lihat adalah timbul isu perarakan Maulidur Rasul ingin dibatalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun lepas yang sememangya tidak benar. Ia telah menimbulkan kemarahan bagi sesetengah masyarakat. Tapi adakah perarakan Maulidur Rasul ini sangat diperlukan bagi mengingati Baginda SAW?

Penipuan Ilusi yang RARE

Mula-mula aku tengok video ni takder yang pelik pun. Ok je aku rasa. Bila dah play baru aku tau yang aku ditipu. Apa-apa pun nice video sebab aku rasa korang suma pun kena tipu jugak. Takyah tipu la korang.. Aku tau. :)

Konspirasi Kematian Hitler RARE!

Aku rasa tak payah lah aku ceritakan tentang Adolf Hitler yang memang korang semua dah kenai. Mungkin budak sekolah rendah masih kabur-kabur tentang diktator terhebat dan terkejam di dunia ini. Aku terlantas nak tulis post kali ni sebab tadi aku buka channel 553(National Geographic) yang storykan penemuan tengkorak Hitler dan gigi Hitler. Tapi agak hambar tinggal lagi 15 minit dokumentari tu nak habis, so memang aku tak berapa nak faham. Yang aku taw, saintis forensik tu dok kaji gigi Hitler dan kesahihannya.

Sunday, February 13, 2011

Kalau la aku, Menjadi JUTAWANG!!!

Bulan yang terang bederang kat langit tu memang aku punya la.
(inspired by koepee, bukan areripe)

Tak Takut Ler...



Dah lima hari tak post, harini aku nak post tentang iklan yang aku rasa RARE!! Ceeeewwaaahhh!! Makin seronok pulak guna ayat RARE nih.. (hahahaa.. ('3')).. Apa-apa pun korang tengok la iklan nih.. Kalo korang rasa RARE...

Sila angkat tangan macam saya.. ok??

Saturday, February 12, 2011

Gaya Pelajar Guna Toyol

Memandangkan Exam Mid Sem dah dekat, aku nak ceritakan taktik-taktik yang selalu pelajar guna tak kira sekolah menengah mahupun IPT di Malaysia. Kalau diikutkan toyol ni adalah makhluk aneh yang suka menolong tuannya mencuri duit orang, lebih kurang dengan toyol ni yang bagi jawapan pada tuannya semasa peperiksaan.HAHA. Kalau dulu mungkin toyol exam adalah kertas kecil yang ditulis nota-nota penting, tapi sekarang toyol telah menjadi lebih canggih dan susah dikesan oleh penjaga peperiksaan. Jom kita tengok apa jenis toyol yang selalu pelajar pakai.HEHE!

Camera yang RARE!


Bila aku terfikir balik sebab apa aku letak title blog ni Radio Rare aku rasa seperti nak letak semua benda RARE ja dekat blog ni. Dalam dok mencari benda-benda yang pelik,susah didapati dan unik aku telah bertanya pada member aku benda apa yang RARE dan diidamkan dalah hidup. So member aku sorang ni telah bagi tau Limited DSLR.

Friday, February 11, 2011

Apa kita main time Sekolah Rendah dulu

Teringat zaman sekolah rendah dulu, macam-macam permainan kita main. Yang tradisional ada dan yang moden pun ada. Tapi bila aku tengok sekarang, permainan yang aku main dulu dah macam pupus ja. Kalau dulu kita main guli sekarang main Yu-Gi-Oh(kad ada power). Kalau dulu main Digimon sekarang main PSP. Kalau dulu main Super Nintendo(super mario) sekarang PS3 dah. Tak boleh salahkan genarasi sekarang sebab arus kemodenan yang menukarkan corak kehidupan manusia sekarang. Jadi kat sini aku nak 'list'kan permainan yang canggih dan top masa zaman sekolah rendah dulu. Ini adalah pendapat aku dan memang kebanyakan lelaki ja minat benda ni...

Thursday, February 10, 2011

Si Perompak Yang Sopan & Jujur


Aku bukan nak repect pencuri ni tapi cara dia mencuri agak RARE dan pelik dari pencuri-pencuri lain. Pada dia mencuri, masuk Bersamamu lagi bagus. Mari kita saksikan....


Dan perompak berusia 65 tahun ini ditangkap atas tuduhan rompakan bersenjata dan mencuri. Kesian aku tengok pakcik ni, tapi nak buat macam mana, salah tu tetap salah.

Hisap Sampai Kering

4 hari tak tulis post, nasib baik ada Mr Kopee tolong update. Dan jangan pandang negatif dengan tajuk post kali ini. Aku bukan nak cerita pasal siput sedut ka, ataupun hisap dareee(nabil raja lawak) ataupun kutuk orang. Tapi aku nak beritahu korang pasal port-port yang korang boleh pakai untuk download link movie,music,apps,drama,games dan lain-lain.
Rapidshare adalah antara Web yang terbesar yang menawarkan File Hosting ataupun files sharing di dunia! Banyak lagi rangkain lain seperti Megaupload,Hofile,FileServe dan macam-macam lagi. Bagi yang dah paham ataupun sudah menggunakan khidmat-khidmat syarikat ini memang mempunyai kuasa sedutan maksimum! Tapi! Rapidshare dan rangkaian lain ini bukanlah bodoh sangat nak bagi orang share files dekat server mereka dengan free, tapi depa telah membahagikan kuasa sedutan ataupun download kepada dua aras. Bagi 'premium member' kuasa sedutan adalah pada tahap maksimum dan boleh menyedut(download) seberapa kerap dalam satu hari. Jika ahli biasa, kuasa sedutan pada tahap yang perlahan dan mempunyai 'limit' untuk download  sehari. Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk rapidshare.

Kenapa korang perlu pakai rapidshare?
Seriously, rapidshare punya link memang besar tahap gaban dan korang tak payah dok pergi kedai juai DVD movie ataupun jual software dan games sebab diorang pun download dekat sini sebelum di'burn' masuk ke dalam DVD untuk dijual dekat korang. Boleh kata apa saja yang korang carik semuanya ada dekat sini termasuk yang tutut!HAHA! Pandai-pandailah korang menggunakan perkhidmatan ini dengan sebaiknya.

Harga?
Bagi aku yang gila games dan movies ni, harga dia amat berpatutan la sebab sebulah baru RM25. Kalau pergi beli games, baru dapat satu games! Kalau dalam satu bulan, 10 games pun sempat download. Kalau movie aku rasa sehari boleh 10 kut! Satu movie = lebih kurang 2 jam download(Streamyx 1Mbps), korang cuba fikirlah berapa movie boleh download dalam satu hari! Jangan sampai meletup pc korang sudahlah!

Sebenarnya panjang lagi boleh cerita hal ehwal rapidshare ni, tapi takut korang boring aku berhenti dekat sini dan korang pergilah selongkar sendiri keseronokkan pakai rapidshare. Satu lagi, nak download e-book pun boleh, contohnya seperti majalah,tutorial,komik dan novel yang berharga ratusan dollars dan tak terdapat di Malaysia! Selalunya aku suka masuk Katz.cd sebab korang search ja apa yang korang nak dekat situ.

Last but not least, korang boleh beli rapidshare account ni dekat pengedar sah di Malaysia iaitu http://rs.net.my/. Jangan takut, diorang tak tipu punya! Dan rasailah kuasa sedutan maksimum!

Tuesday, February 8, 2011

Lek Lue Bro!!


Aku tau ramai yang tak puas hati ngan lecturer masing-masing. Ye la, baru je abes cuti on the spot nak buat test la, quiz la, assignment la, macam-macam lagi la.. So, sit back & enjoy these nice pics ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...